Aktviti Membaca!

Rabu, 6 Jun 2012

Sayangku Casper

Sayangku Casper
Mazni Aznita

ISBN: 9789670184968
Penerbit: Buku Prima Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 6 – 2012
Halaman: 624
Harga: RM25.90


~ Rasaku… ~

Usai menutup novel setebal 624 muka ini, aku teringatkan kisah Cinderella versi drama korea My Girl. Terdapat sedikit persamaan dalam beberapa scene namun bukanlah seratus peratus. Penulis masih mengekalkan identiti Melayunya dalam kisah bergenre cinta romantis ini walaupun hampir 90% daripada isi kandungan novel ini berlatarbelakangkan Kota Paris, kota yang cukup sinonim dengan cinta.

Tia Adila [Tia], gadis yang sering saja dibuli oleh emak dan kakak tirinya. Ayahnya yang sibuk dengan urusan perniagaan pula jarang ada di sisinya. Itu menyebabkan Tia bagaikan rela dalam paksa menerima apa saja yang dilakukan oleh keluarga tirinya. Dalam pada itu Tia bertemu dengan Tengku Rafique [Rafique] yang disangkanya sedang melarikan diri daripada along [ceti haram]. Kelakar masa baca part Rafique perlu bermalam di rumah sewa yang dicarikan oleh Tia tu. Menjadi seramnya! :P

Rafique pula datang ke Kuala Lumpur dalam misinya mencari cucu Madame Marianne yang hilang semenjak kecil. Adelia de Casper perlu dicari kerana dia mahu menghalang niat jahat ayahnya; Tengku Adrian. Bertemu dengan Tia saat dia melarikan diri daripada dikejar oleh orang-orang ayahnya telah membawa perasaan asing dalam dirinya. Dia senang dengan gaya selamba dan sikap polos Tia. Namun pencariannya sudah tiba di penghujungnya, dia perlu kembali ke kota Paris dan meninggalkan semuanya dalam lipatan kenangan hidup yang paling manis.

Tia pula makin sesak dan kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, dia tekad melarikan diri. Dengan berbekalkan tiket dan alamat yang terselit dalam sebuah buku kiriman ayahnya, Tia terbang ke Paris. Namun tak disangka-sangka, Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia yang penuh dengan kejutan. Apatah lagi mendengarkan idea gila Rafique. Apakah kali ini kebahagiaan dan cinta yang diidamkan tidak lagi berakhir sepantas angin?

Walaupun ini dikatakan kisah cinta yang santai, tetapi sebagai peminat Anita Aruszi, aku sudah dapat meneka corak penulisannya. Dalam santainya, masih diselitkan elemen misteri dan thriller. Dan kali ini harus akui yang aku agak terpedaya dengan twist yang dicipta. Apa yang ditebak tidak mengena kih5 Memang rahsia demi rahsia perlu dibongkar sedikit demi sedikit. Momentumnya kekal hingga di penghujung cerita. Itulah kelebihan penulis yang begitu teliti dalam mengolah konfliknya dengan kemas sehingga kita tidak tertanya-tanya akan kelogikannya. Pendek kata, aku suka kisah sebegini.

Penulis juga begitu teliti dalam melakarkan tempat-tempat indah di Paris. Ia berjaya membuatkan aku turut sama tenggelam dengan Tia dalam menikmati keindahan Kota Paris. Bagai aku sendiri seolah-olah sedang mengembara seperti Tia. Cuma hanya satu yang menganggu kosentrasiku iaitu pengulangan terjemahan bahasa Perancis yang dilakukan. Aku lebih suka kalau ia dikekalkan dalam satu bahasa, percampuran bahasa sebegini sedikit 'meletihkan' kerana aku terpaksa membaca sebanyak dua kali. Diharapkan mungkin ada penyelesaian yang lebih baik untuk penggunaan dua atau lebih bahasa sebegini.

Aku google hanya kerana ingin tahu rupa Sacre-Coeur itu. Ya, aku tahu kadang-kadang aku gila kih5 :P

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))