Aktviti Membaca!

Selasa, 29 Mei 2012

Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Acik Lana

ISBN: 9789675067983
Penerbit: Kaki Novel Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2012

Halaman: 947
Harga: RM34


~ Rasaku… ~

Menyatukan dua dunia yang berbeza bukanlah mudah. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Apalagi bila ia melibatkan dua hati yang tidak mungkin akan bertemu titik pertemuannya. Bagi Melina kehadiran Luqman yang matang dan penuh tertib itu begitu menyesakkan. Pada Luqman pula, Melina yang liar bebas bukanlah calon isteri yang diidamkan. Mana mungkin dia akan jatuh hati pada gadis sesosial Melina. Namun bila ia melibatkan percaturan dua keluarga, mereka berdua tiada daya nak menolak.

Seperti kisah kahwin paksa yang lain, perasaan benci-menyampah hanya wujud di awal-awalnya saja. Bila hati dah tercuit, saat rindu mula bersarang akhirnya rasa benci yang selama ini menguasai hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Kronologi cerita kahwin paksa yang agak tipikal. Namun penulis berjaya mewujudkan chemistry antara Luqman dan Melina yang pastinya akan masuk dalam senarai romantic couples over the years.

Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kasih sayang kedua insan ini. Kehadiran Sarah yang berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman membawa angin cemburu dalam hati Melina. Luqman pula tak senang hati dengan kemunculan Hariz yang menagih cinta Melina. Belum ditambah dengan godaan wanita-wanita yang di luar tepinya. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Dan benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam?

Meneliti karya kedua Acik Lana membuatkan aku sedikit lelah. Aku tak berkenan dengan sikap Melina dengan gaya yang terlebih manja dan mengada-ngada itu. Mungkin kerana umurnya, jadi Melina kurang matang dalam menangani perasaannya. Same goes to Luqman. A good looking man with his overdose on romance is too ideal for me. Walaupun ianya hanya fiksyen semata, ada masanya kaki perlu berpijak di bumi yang nyata. Aku lebih menggemari watak Mya-Mikail dalam ABM. Ia nampak lebih realistik. But literally, kalau anda suka kisah cinta romantik mesti akan suka novel ini.

Oh, ya! Untuk makluman novel ini sangat-sangat tidak sesuai untuk bacaan mereka di bawah umur. Adegan mesra pasangan yang hangat bercinta, Luqman-Melina diceritakan dengan banyak sekali. Bukan klasifikasi 'U', jadi pandai-pandailah menapis ya.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))