Aktviti Membaca!

Isnin, 28 Mei 2012

Yes, Boss!

Yes, Boss!
Areila Sahimi

ISBN: 9789675067815
Penerbit: Kaki Novel Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Kedua belas – Mac 2012

Halaman: 457
Harga: RM19

~ Rasaku… ~

Novel yang ada di tangan aku ini merupakan cetakan yang kedua belas. Wah! Dahsyat sungguh penangan cik penulis comel-molek dari Perak ni. Tahniah ;)

Masih mengekalkan genre romantik komedi yang aku kira satu kelebihan buat penulis. Mana taknya garapan novel bergenre sebegini mampu membuai pembaca yang gemarkan gaya penulisan yang santai terutamanya kisah cinta tanpa dialog yang terlalu berbunga-bunga. Dengan gayanya yang tersendiri iaitu ringkas dan segar, Areila Sahimi berjaya menghiburkan kelompok pembaca muda belasan tahun dan 20an [termasuk aku la tu kih5].

Aryana menjadi setiausaha atas desakan ibu saudaranya yang tidak mahu dia terus menganggur. Dia 'bertemu' Ilham, majikan yang pada mulanya tak begitu berkenan dengan pilihan ayahnya. Ilham mahukan secretary yang stok edisi model terhad, tetapi dapat pula si gadis ayu berbaju kurung. Pada mulanya Ilham layan tak layan je dengan Aryana tetapi lama-kelamaan dia suka pula dengan Aryana kerana setiausahanya tu 'rajin' cover line setiap kali dia mengular. Tak terkecuali Aryana pandai melayan dan memujuk teman-teman wanitanya yang di keliling pinggang tu.

Namun dalam diam, hati Aryana terpaut dengan bosnya sendiri. Perasaannya kacau-bilau bila Ilham mahu bertunang dengan Mellina. Aryana makin tak senang duduk bila mengetahui yang Mellina sebenarnya berkomplot dengan Jefri untuk menghancurkan syarikat Ilham. Bila saja Aryana menyatakan hal sebenar, Ilham berang. Dia menyalahkan Aryana yang mencemburui hubungannya dengan Mellina.

Sakit hati, Aryana memecat dirinya sendiri. Merajuk dan menghilangkan diri di kampung. Ilham mula rasa kehilangan. Dia kini sedar yang dia lebih memerlukan Aryana daripada Mellina. Namun Ilham perlu bersaing dengan Udin, bekas mat rempit di kampung Aryana yang sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli. Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka itu? Hanya novel ini ada jawapannya.

Novel ini disampaikan dengan mudah. Cuma kehadiran Udin yang muncul secara tiba-tiba untuk menagih cinta Aryana tak begitu mengesankan. Wataknya seperti sengaja dicipta untuk memenuhi storyline. Sekali gus mencetuskan unsur antiklimaks kerana kita sudah boleh mengagak penamatnya. Betul tak?

Tahniah sekali lagi kerana tersenarai dalam kelompok 20 calon akhir bagi Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian [karya Bahasa Melayu laris sepanjang 2011]. Ha, para peminat bolehlah membuat undian bermula 1 Jun – 1 Julai 2012. Inginkan info tentang ini, boleh klik sini :)

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. [: ♥♥♥ Saranghaeyo ♥♥♥ :],
    Wah! Kita kongsi hobi yang sama :D

    BalasPadam
  2. Klaw sy nk bli novel ny,mcm mna erk???

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama,
    Saya tak jual. Boleh beli direct dengan penerbit :))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))