Aktviti Membaca!

Selasa, 22 Mei 2012

Miss Pisau Cukur

Miss Pisau Cukur
Siti Nur Dhuha


ISBN: 9789670342429
Penerbit: Buku Prima Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 – April 2012

Halaman: 592
Harga: RM22.90


~ Rasaku… ~

Serabut. Gila. Dua patah perkataan ini aci tak kalau aku jadikan review? kih5 :P

Pertama-tamanya aku beli novel ini kerana warnanya. Shocking pink bai! Mana tak tergoda kih5 :P Keduanya, kerana tajuknya yang catchy. Ketiganya, mereka kata ini novel top seller hasil karya novelis popular. Oh! Aku tak tahu pun *wink*

Tetapi saat aku mula membacanya, mood berbunga-bunga pinky aku tadi jatuh merundum. Jalan ceritanya yang pelik itu masih boleh diterima tetapi ceritanya yang tunggang-langgang itu mematikan terus mood aku. Terlalu banyak kisah yang ingin dimuatkan dalam sesuatu plot. Aku kira lebih baik ia disusun satu per satu. Barulah jalan ceritanya smooth saja. Kalau tak, jadilah macam aku yang banyak melangkau pembacaan.

MPC berkisarkan konflik keluarga Ku Afnan Zakirin [Ku Afnan]. Dia benci benar dengan Amera, anak angkat ayahnya; Tan Sri Ku Ali kerana menyangka Amera itu anak perempuan simpanan ayahnya. Pelbagai cara dilakukan supaya Amera dapat disingkirkan daripada keluarganya. Kemuncak adalah bila Amera terbunuh angkara Ku Afnan. Itu semua gara-gara ketidakpuasan hati Ku Afnan bila ayahnya memecat Ku Afnan daripada jawatan Pengurus. Tetapi apa yang dia tak tahu, ayahnya itu sebenarnya menawarkan jawatan yang lebih hebat daripada Pengurus. Aiseyman... terlajak perbuatan, tanggung sendiri lah!

Masa berlalu memadamkan ingatan Ku Afnan tentang Amera. Apatah lagi kemunculan Nurul bagaikan mengisi ruang kekosongan yang ada. Nurul, gadis bermata duitan yang sanggup lakukan apa saja demi duit. Bila hati dah jatuh suka, semuanya indah saja di mata. Ku Afnan mahu memiliki Nurul tetapi dalam pada masa Nurul telah jatuh hati pada Jeff, anak datuk yang berlagak miskin.

Kalau nak tahu Jeff ni sebenarnya sukakan Amera. Dia memang sakit hati dengan Ku Afnan kerana mengesyaki yang Ku Afnan adalah dalang di sebalik tragedi kehilangan Amera. Dan bila dia tahu yang Nurul sukakanya, dia pun saja lah nak api-apikan si Ku Afnan tu. Tapi akhirnya dia betul-betul jatuh hati pada Nurul.

Pelbagai insiden yang berlaku dalam perebutan gadis yang bernama Nurul ni. Si Nurul pun satu, tiada pendirian langsung. Mudah saja hati beralih arah. Manalah si Ku Afnan tu tak buat kerja gila. Nyawa dibuat barang mainan je. Alahai! Ingin tahu kesudahannya? Jangan lupa mencari MPC.

Seperti mana kisahnya yang tunggang-langgang, ending pun agak terburu-buru dinoktahkan. Ada kisah yang tak terjawab. Misalnya apa jadi dengan ibu Ku Afnan yang koma, Tan Sri Ku Ali dan isteri barunya iaitu emak kandung Amera? Tak kan hilang macam tu je? Kisah Nurul yang dikatakan mengalami masalah hilang ingatan pun tergantung begitu saja. Dan yang paling penting, tiada pembelaankah untuk 'kematian' Amera? Hmm... pembunuhan itu bagai bisa saja dimaafkan.

Walau bagaimana pun kisahnya masih ok. Pembaca pastinya nak tahu apa yang terjadi pada Amera, Ku Afnan, Nurul dan Jeff. Dan itu mungkin sudah cukup untuk mengikat para pembaca hingga ke halaman terakhir.

Novel ini membuatkan aku mencari balik filem Pisau Cukur. Aku suka gandingan Maya Karin dan Redza Minhat. Menjadi! *wink*

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. rasanya pesanan terakhir seorang lelaki tu boleh beli dkt mph or popular since pihak creative dah menerbitkan kembali buku itu.. ;)

    i've already got mine at pesta buku last year.. ^^

    BalasPadam
  2. Miss Kira,
    Ya ke? Thanks Kira!
    Nanti boleh pergi situ ;)

    BalasPadam
  3. selepas membaca novel ini sy rasa penulis perlu banyak lagi belajar and memperbaiki hasil tulisan anda, idea anda. Be a realistic... kehidupan, agama and sebagainya. Kesimpulan, cetita yg anda tulis tidak sampai ke mata tidak sampai ke hati. Sila baca banyak lagi novel novel terbaik utk tambahkn ilmu penulisan anda. Maaf & terima kasih.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama,

    T/kasih atas komen anda. Ya, ada banyak lagi cerita yang indah untuk dicoretkan.
    Beri cik penulis peluang. Mungkin nanti beliau boleh menghasilkan satu cerita yang bagus.
    Sikit-sikit lama-lama jadi bukit ;))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))