Aktviti Membaca!

Jumaat, 11 Mei 2012

Kasih Benar Kasih

Kasih Benar Kasih
Aleya Aneesa

ISBN: 9789831246689
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 4 - 2012

Halaman: 550
Harga: RM21.00


~ Rasaku… ~

Menjadi seorang wanita bukanlah mudah. Mencecah usia 30an dan belum berkahwin akan menyebabkan wanita itu dipandang serong. Seolah-olah kalau lambat berkahwin itu satu dosa. See... kasihan kan?

KBK cuba membawa isu ini ke dalam bahasa yang lebih mudah. Bagaimana menjadi Annura yang masih belum berteman walaupun sudah berusia 29 tahun. Lantas ibu bapanya membuka jalan supaya dia mengenali Dinzley, lelaki yang dah cukup umur untuk berkahwin tetapi masih lagi menyendiri. Tiada paksaan dalam perhubungan namun harapan yang digalas cukup besar. Dan kerana tak mahu mengguris hati orang tua, mereka berdua cuba mencari titik keserasian yang seakan sukar dicari.

Annura bukannya tidak manis malah rasaku lengkap serba-serbi. Begitu juga Dinzley, tak susah untuk terjatuh hati pada doktor haiwan itu. Cuma Annura cukup tak berkenan dengan Dinzley yang suka memainkannya. Tetapi saat hati sudah dicarik kasih, Dinzley menangguhkan perkahwinan mereka hanya kerana bekas kekasihnya; Syirin dikatakan sedang sakit. Annura terasa terhina.

Dinzley pula tanpa sedar bukan saja sudah melukai hati Annura, malah hatinya juga yang sarat menanggung rindu pada keletah Annura. Bukan mudah untuk meyakinkan kembali keluarganya supaya meminang Annura kembali dan bila saja Annura bersetuju menerima, hatinya berbunga-bunga. Cuma apa yang dia tak tahu ada sesuatu yang sudah tertanam di hati Annura. Menyebabkan Annura tega membalas dendam terhadap seorang suami.

Namun kesabaran Dinzley begitu menyentuh hati. Walau berkali-kali diuji, dia masih setia. Biarpun ditolak banyak kali, Dinzley masih bisa menerimanya dengan senyuman. Wujudkah lelaki yang begitu sabar ini? Sampai bila Dinzley harus mengalah dalam menundukkan amarah dan ego seorang isteri?

Jujurnya aku lebih menyukai kisah cinta Hajar-Ikhman dalam Semusim Rindu. Aku lebih suka bagaimana Hajar menangani masalah cintanya dengan suaminya itu. Lebih baik tiada di depan mata kalau ada pun menyakitkan hati. Berbeza dengan KBK, aku tak sukakan cara Annura melayan suaminya. Memang Dinzley tu patut kena luku laju-laju tetapi bila amarah Annura tak surut-surut juga, aku jadi sedikit bosan. Bab-bab akhir kebanyakannya berkisar amarah Annura yang sudah menjadi dendam. Tak best lah! Aku lebih suka kisah Annura-Dinzley ketika sebelum berkahwin. Mereka kelihatan seperti ala-ala sweet couple gitu.

Walau bagaimanapun novel ini masih berbaloi untuk dimiliki oleh para peminat AA. Jangan lupa jadikannya sebagai koleksi anda :D

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Salam Airina. Dah lama follow blog ni hari ni baru nak bertegur sapa. :)

    wah, awak dah buat saya nak cari semua buku Aleya Aneesa utk koleksi. Huhu. Tapi terpaksa sabar tunggu habiskan stok buku yang ada dulu.

    BalasPadam
  2. Hajar,
    Rasanya kenal! Saya pernah lah beli novel di kedai awak kan? ;)

    Saya pun masih tak lengkapkan koleksi AA. Novel terawalnya belum ada. Takpe, ada masa lagi untuk mencarinya.

    Salam perkenalan dari saya :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))