Aktviti Membaca!

Khamis, 19 April 2012

Diari Mat Despatch: Hati Emak

Diari Mat Despatch: Hati Emak
Bahruddin Bekri

ISBN: 9789674010157
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 30 April 2011

Halaman: 208
Harga: RM9.90


~ Rasaku… ~


Buku comel ni mengambil masa yang teramat luar biasa untuk aku khatamkan. Kalau ikutkan timeline di GR, lebih kurang 5 minggu. Padahal kalau ikutkan halamannya hanya sekadar 208 muka surat tetapi untuk menyelesaikan dalam masa sehari amat sukar untuk aku lakukan. Mungkin kerana ideanya. Jujurnya aku tak begitu menyenangi idea Tuan Bahruddin Bekri kali ini.

Kali ini, Idlan berdepan dengan dilema apabila perlu membuat keputusan dalam hidupnya. Pilihannya cuma ada dua, jadi padaku ia tak sepatutnya menjadi masalah. Tetapi kelihatannya begitu besar buat Idlan. Dari pengamatanku, pendirian Idlan lemah. Dia tidak cukup kuat untuk berdepan dengan pilihan. Itu baru dua, bagaimana kalau ada tiga, empat atau lima pilihan? Aku tak boleh bayangkan betapa besarnya nanti dilema yang bakal dilalui oleh Idlan.

Kisahnya begini. Idlan diminta oleh ibunya untuk pulang ke kampung pada hari Rabu kerana Idlan seorang saja yang diharapkan menjadi wakil keluarga pada hari pertunangan sepupu rapatnya. Namun pada hari yang sama pula, Idlan perlu menghadiri sesi pemilihan bagi editor sambilan yang mana dia gagal dalam edisi sebelumnya.

Jadi apa pilihan Idlan? Mengejar cita-citanya menjadi seorang editor atau menjaga hati seorang ibu? Sila dapatkan di pasaran. Ini edisi ketiga tetapi aku tak baca lagi edisi kedua – Lelaki Baik. Asyik kehabisan stok saja, sudahnya aku rembat edisi ketiga dan keempatnya dulu kih5

Edisi kali ini juga menampilkan beberapa watak baru sebagai pelengkap cerita. Ada eloknya bila ada watak baru ni tetapi kasihannya pembaca seperti aku ini [yang jenis baca 2-3 buku dalam satu masa]. Mulalah kena selak balik halaman sebelumnya bila nampak nama-nama baru tu. Mujur di muka hadapan ada ilustrasi tentang setiap watak. Memang banyak membantu :)

Apa yang paling aku suka tentang naskhah ini adalah gaya penulisannya. Masih mengekalkan identiti Bahasa Melayu Tinggi dan dimaniskan lagi dengan kata-kata motivasi yang indah sudah cukup menunjukkan betapa besarnya bakat yang dimiliki oleh penulis ini.

Aku petik ayat ini yang 'terlekat' lama dalam otak:-

Lalu pada saat kamu tidak menemukan jawapannya, bukan bermakna kamu tidak memperoleh apa-apa. Tetapi sebenarnya kamu sudah memperoleh jawapan yang paling tepat dan benar [page 181]

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))