Aktviti Membaca!

Rabu, 18 April 2012

Cerita KLIBF: Detik menuju Pesta Buku :)

Assalamualaikum...

Lamanya tak menjengah blog! Maaf lah ya, pada yang menanti review. Bukan tak nak buat, cuma tak sempat :(

Walau bagaimana pun, apa kisah Pesta Buku kali ni? Korang dah ready ke? Tabung dah cukup? Tahun ni aku buat perubahan sikit. Selalunya aku dah senaraikan buku apa yang nak dibeli tetapi tahun ni aku ubah. Aku akan peruntukkan bajet untuk setiap penerbit. Kali ni aku nak beli novel/buku dari Jemari Seni, NB Kara, PTS, Kaki Novel & Karyaseni. Tak lupa novel terbaru Anita Aruszi dari Buku Prima :)

Lebih mudah bukan? Letak bajet begitu dan capai saja berapa buah novel yang boleh. InsyaAllah, moga tak overbudget kali ni :D

Rasanya aku perlu lebih lama & berbelanja lebih di booth JS. Maklumlah Nir dah keluar buku baru sedangkan yang lama pun aku tak sempat beli lagi. Aduh! Teruknya perangai! Dengar cerita juga bulanhijau pun bakal memeriahkan dunia penulisan dengan novel sulungnya. Wah! Semangat adik-adikku ni menulis.

Mari lihat booth yang bakal dikunjungi:-


Jemari Seni
Dewan Tun Hussein Onn [No. HA11-14]

NB Kara
Dewan Tun Razak 3 [No. 3004-3005]

PTS
Dewan Tun Hussein Onn [No. H01-16]
*Klik sini untuk pelbagai promosi/diskaun oleh PTS


Kaki Novel
Ruang Legar [No. L089-091]
Dewan Mawar [No. M22-23]


Hmm, mungkin patah kaki la aku kali ni. Kebetulan aku pulang dari KK malam Sabtu tu, Ahad dah ke PWTC. Confirm memang penat gila!

Ok girls~ Jumpa korang nanti!

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))