Aktviti Membaca!

Selasa, 3 April 2012

Cantiknya Si Comot

Cantiknya Si Comot
Miazal Zahra

ISBN: 9789670246024
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Tarikh Terbit: Cetakan Keempat Januari 2012
Halaman: 523
Harga: RM19

~ Rasaku… ~


Ada benar kata pepatah; tak kenal maka tak cinta. Dan bertitik-tolakkan itu jangan mudah sangat pandang orang lain sebelah mata. Mana tahu si dia yang jelik dipandang itu adalah si dia yang akan bertakhta di hati. Secara ringkasnya itu mesej pertama yang ada dalam novel ini.

Sebagaimana Farid Ammar [Ammar] yang tak begitu berkenan dengan Rosmina [Mina]; gadis comot yang ditemui di kebun bunga, tetapi akhirnya hatinya turut terpaut dengan Mina. Pertemuan demi pertemuan sengaja diatur dalam misi hatinya mengejar cinta Mina. Dan di saat Mina ingin berkata 'ya' muncul pula Surina; sepupu Ammar yang turut mencintai Ammar dalam diam. Di waktu yang sama Mina juga disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam rahimnya yang membuat dia merasa dirinya tidak layak untuk mendampingi Ammar. Dia nekad untuk menjauhkan diri dari Ammar.

Makin Mina lari, makin dekat pula si Ammar tu. Manakan tidak, Mina itu ibarat nyawanya. Bila tak bersua, tak bernyawalah dia. Pelbagai cara diatur, siap bawa ibu sendiri untuk memujuk Mina. Mujur kesabarannya terbalas. Rayuan dan pujukan Ammar dan ibunya menyentuh hati kecil Mina. Dan kerana itu akhirnya mereka berdua diijabkabulkan.

Dugaan datang menimpa bila ibu Ammar bagaikan sudah lupa yang Mina akan menghadapi masalah untuk mengandung. Terluka hati kecil Mina, manakan tidak bukankah dulu dia sudah bilang yang dia mungkin tidak dapat memberikan Ammar zuriat. Kalau dulu dah kata ok, kenapa kini mengungkit? Namun nasib baik dapat suami yang memahami. Alhamdulillah, penantian mereka berbaloi. Mina disahkan mengandung di saat kembali dari Mekah. Dalam meniti saat-saat bahagia, Mina diduga lagi dengan kemunculan Sofea, bekas cinta pertama Ammar.

Berbadan dua, Mina makin sensitif. Mudah terasa dan makin manja. Hubungannya dan Ammar turut goyah dek kerana Ammar bagaikan mudah melayan Sofea. Apa kesudahan cinta mereka? Cari CSC dan baca. Barulah anda dapat menikmati alunan cinta dari tanah Cameron Highlands.

Aku sedikit lelah sebenarnya melayan karenah manja Mina kih5 :P Begitu juga dengan sikap mudah marah si Ammar. Sikit-sikit manja, merajuk dan amarah. Kedua-dua watak memang lengkap dengan tiga sifat ni. Mujur penulis punya tempo yang bagus. Plot ceritanya smooth saja. Tak membosankan aku untuk membacanya :)

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum kakak. Ya Allah, terujanya saya bila jumpa blog ni. (Kenapa lambat sangat saya jumpa blog akak ni. Huhu)
    Sebab kita serupa, minat membaca. Tapi saya lebih ke arah novel. Akak rajin sangat nak olah setiap novel2 ye. Wah! Mantap lah kak! ;)

    BalasPadam
  2. afifaa,
    Waalaikumsalam dik :)
    Biar lambat asalkan ketemu juga kan? Bukan rajin ni dik, cuma saja menyimpan 'kenangan' di sebalik novel-novel tersebut. Nak ingat semua tak boleh kan, jadi inilah caranya :)

    Selamat membaca!

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))