Aktviti Membaca!

Isnin, 2 April 2012

Kampung Girl

Kampung Girl
Umi Kalsom

ISBN: 9789670246130
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Tarikh Terbit: Cetakan Kedua Februari 2012
Halaman: 547
Harga: RM21


~ Rasaku… ~

Selepas ADH, ini satu lagi kisah cinta yang sweet. Memang ini sebenarnya salah satu genre yang aku minat. Kisah cinta yang sweet yang buat aku tak henti-henti tersenyum dari mula sampai ke akhir cerita. Tak kisahlah orang nak kata aku minah jiwang ke karat ke, peduli la kan? Memang ini my taste kih5 :P

Kenapa aku suka KG? Kerana ia kisah yang santai. Sememangnya salah satu sebab mengapa aku lebih ke arah novel kerana aku ingin kisah yang simple, santai dan sweet begini. Kisah yang tidak ada jalan cerita yang memeningkan. Tiada konflik yang kusut. Dah penat bekerja, lelah dengan kehidupan yang penuh pancaroba, aku lebih berminat dengan cerita yang indah-indah saja. Barulah boleh jadi my sweet escape :)

Ikutkan KG menggunakan tema yang cliché - kisah perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Tetapi pengolahan penulis menjadikan ia kisah yang seronok dibaca. Dengan lagak bakal pengantin lelaki yang tak sukakan pengantin perempuan. Si pengantin perempuan pula yang tak henti-henti berusaha memikat si bakal suami. Adegan-adegan lucu dan manis yang terselit. Ia sangat menghiburkan.

Dari kecil sehinggalah dewasa, Ashraf memang tidak pernah menyukai Ainnur, sepupunya sendiri. Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan. Lebih malang, bila keluarga sendiri yang mengaturkan. Ainnur akan menjadi isteri Ashraf! Gamat! Puas Ashraf menolak tetapi lain pula jadinya. Ainnur pula makin berbesar hati. Abang Ashnya akan ditawan.

Dalam mengira hari mereka disatukan, Ainnur pula yang gelisah. Ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Dan bila ia dibongkar, kemarahan Ashraf meningkat dua kali ganda. Kelu lidah Ainnur untuk menyangkal. Salah faham dan pertelingkahan membuatkan hubungan mereka bertambah kusuh. Ashraf makin menjauh, Ainnur sendiri merasa jauh hati.

Namun bila jauh di mata, terasa dekat pula di hati. Walaupun ada rasa benci, terselit juga rindu pada sang isteri. Apatah lagi dengan kehadiran Abang Faisal yang buat Ashraf makin gelabah. Apa kesudahan rumah tangga Ainnur dan Ashraf? Mungkinkah si lelaki bandar akan jatuh hati pada kampung girl? Hanya novel ini ada jawapannya.

Novel ini bergerak pantas. Padat. Watak antagonis pun tiada. Itu lebih memudahkan aku untuk menghadam kisah sebegini. Gaya penulis ini mengingatkan aku pada Kak Yati. Menyelitkan kata-kata nasihat di sebalik drama yang dipersembahkan. Ada panduan yang boleh diambil teladan. Teruskan berkarya. Selamat maju jaya!

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. sis Airina, mohon share review ni. dan THANKS for your support. :)

    BalasPadam
  2. I luv this novel.. gelak sorg2 bila baca cite neh.. xlama lg akan kua drama KG neh kt TV.. hrp rating tinggi utk drama ni nnt..

    BalasPadam
  3. sally_8176,
    Haah kan, harapnya drama setanding dengan novelnya. Nanti kita tonton ya ;D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))