Aktviti Membaca!

Isnin, 28 Mac 2011

KLIBF 2011


22 APRIL – 1 MEI 2011

PWTC, KUAlA LUMPUR

"BUKU : DUNIA TANPA SEMPADAN"



Awal ke promosi ni? Taklah... ada si ulat buku yang lain dah letak banner ni kat blog masing-masing seawal bulan Februari hari tu. Kiranya memang semangat habis :D


Aku sedang cuba mengawal nafsu membeli. Berjaya juga lah. Itu pun sebab aku lencongkan jalan tak ke kedai buku. Payah tau tetapi kali ni nekad nak berbuat begitu sebabnya dah cadang nak memborong masa pesta buku ni nanti hik3 lalala5 :P


Sebenarnya aku sedang 'melarikan' diri daripada kerja kih5 Mataku makin mengecil dengan data-data yang diterima, sebab itu kena buat refreshment ni. Cara paling mudah lari ke dunia blogging kejap [Jangan tiru ya kawan-kawan hahaha :P]

Sumber: http://www.klibf.com.my/


Happy reading (^-<)

Selasa, 22 Mac 2011

Pilihan Kamu

Sebenarnya memang ramai yang meminta aku singgah ke blog mereka untuk membaca karya-karya online. Aku suka sebenarnya nak menjengah tetapi satu-satunya sebab mengapa aku tidak begitu suka dengan karya online adalah kerana ia punya timeframe. Bermakna aku perlu menunggu tiap episod itu di'publish' oleh penulisnya. Pastinya aku bukan penunggu yang setia. Lagipun sudah habit yang aku akan bermula daripada pengakhiran cerita. Jadi aku memang lebih menggemari sesuatu karya yang telah siap sepenuhnya.

Disebabkan itu aku lebih banyak menyelongkar laman adik Zatie (http://enovel-link.blogspot.com/). Pusat sehenti yang menghimpun hampir keseluruhan karya online. Ia lebih mudah, lebih cepat sebab aku hanya perlu ke bahagian cerita yang dah tamat :D [Zatie, ni kira promosi blog tau hik3 lalala5 :P].

Karya online yang melimpah-ruah ada banyak versi, banyak genre dan pastinya ramai peminatnya. Untuk kamu yang suka, sila pilih... pilih ikut kesukaan kamu. Dan kalau ada yang ingin berkongsi rasa boleh saja kongsi di sini. Aku sedia menerima apa saja saranan novel/cerpen yang menarik tapi pasti ada syarat! Pastikan cerita itu sudah tamat ya kawan-kawan hik3 lalala5 :P

Terlupa pula pada sesiapa yang mengenali Cik Ian. Kenal tak? Penulis ini sudah berpindah ke laman baru rupanya. Comel betul rumah barunya tu [aku jealous sebab layout yang cantik :P]. Aku pernah review karyanya dulu iaitu Bicara Buat Ikhlas [baru satu je yang sempat :P].

Ps: Kaki Novel & Jemari Seni antara penerbit yang suka membantu para pengkarya online ini. Credit to them :))

Happy reading (^-<)

Jumaat, 18 Mac 2011

Promosi: Pesta Buku Kelantan 2011




Lewat email yang diterima dari Pengurus Akaunnya; Encik Rayzrul. Wah, baru saya tahu! Saya berurusan dengan orang besar Syarikat Muda Osman.

Untuk tujuan promosi sebegini memang bagus kan? Membaca dan membeli ada ganjaran. Sebagai pembakar semangat mungkin. Selamat membeli-belah ya!

Happy reading (^-<)

Jumaat, 11 Mac 2011

Pesta Buku Kelantan 2011



Info ini diterima melalui peti gmail. Terima kasih pada pihak yang menghantarnya :D

Jadi kepada semua para pencinta buku, jangan lepaskan peluang ya!


Ps: Perasan tak, selalunya pesta buku akan diadakan di hujung bulan. Ketika mereka yang berkerja punya wang dalam poket hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

A & N - Cabaran 50 Novel/Buku : (8) Belahan Jiwa


Belahan Jiwa
Zara Aluwi

ISBN: 9789834347390
Penerbit: NB Kara Sdn Bhd
Tarikh Terbit: September 2008
Halaman: ~518
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Ia cerita tentang ketabahan seorang anak yatim piatu – Anne. Bermula dengan pemergian ayah dan ibunya, kemudian diikuti dengan abang dan kakak iparnya. Akhirnya tinggallah Anne bersama anak buahnya; Amri. Anne membesarkan Amri bersama-sama pembantu rumah merangkap pengasuhnya; Juita yang dipanggil mama. Hubungan ketiga-tiganya memang erat. Itu diceritakan dengan terperinci di dalam novel ini. Amri pula senang membahasakan makciknya dengan mama, buat pengganti ibunya yang telah tiada.

Hidup Anne memang hanya Amri dan Juita saja. Mungkin sebab itu dia sering mengelak untuk bercinta. Tapi sebenarnya aku pun lebih suka dia tak bercinta, maklumlah ke semua lelaki yang ditemuinya memang tak boleh pakai kih5 Cuma Alex je yang baik, rakan seperniagaannya yang berbangsa Cina. Pada mulanya Juita menerima kehadiran Alex sebagai teman istimewa anak asuhannya itu namun siapa sangka ada cerita hitam dalam keluarga Alex.

Alex ada kaitan dengan kes pemergian ayah dan ibu Anne. Memang tak sangka! Amri yang pada mulanya kamceng dengan Alex pun dah lain macam. Tetapi keikhlasan hati Alex mengubah pendirian Amri. Lagipun dia tahu bukan Alex dalangnya dan dia juga tahu mama Annenya juga amat menyayangi Alex.

Anne ni kalau ikut dalam cerita memang lasak. Perangai tak seperti gadis biasa. Dia suka merempit dengan motor berkuasa tinggi dan juga boleh diajak bergaduh! Mungkin kerana dia merupakan tonggak keluarganya jadi dia perlu jadi keras. Sayangnya bila tiba cintanya dihalang, Anne bertindak melarikan diri. Kasihan Amri dan Juita. Namun, mungkin itu sajalah caranya untuk Anne bertenang dan memberikan mama Juitanya masa supaya boleh menerima Alex dalam keluarga mereka.

Jalan ceritanya biasa-biasa saja. Menggunakan bahasa yang ringkas dan amat mudah untuk dihadam. Cuma jalan penceritaan yang terlalu mendatar di awal-awal bab buat aku sedikit bosan. Bila sampai ke tengah-tengah cerita barulah aku menjumpai rentaknya. Nasib baik! Kalau tak, ada aku skip cerita ni dan sambar buku lain. Di hujung penamat cerita ini ada diselitkan salasilah keluarga Anne. Terus aku teringat masa belajar dulu, aku selalu diminta menyediakan carta salasilah keluarga, siap letak gambar lagi hik3 lalala5 :D [Rindu kenangan itu!]

Happy reading (^-<)

Ahad, 6 Mac 2011

Kemuncak

Kemuncak
Iqbalsyarie Bin Shaari

ISBN: -
Penerbit: http://iqbalsyarie.blogspot.com/

Tarikh Terbit: Januari 2011
Halaman: -
Harga: -


~ Rasaku… ~
Sejak kebelakangan ni aku memang jarang duduk menghadap komputer untuk melayari internet. Jarang ada kesempatan nak mengulit e-novel lagi. Rindunya nak buat begitu :D Mungkin disebabkan itu aku lebih suka membaca cerita yang pendek-pendek je.

Cerpen ni dibaca di laman adik Iqbal. Kisah tentang sepasang sahabat yang berlainan bangsa dan agama. Mempunyai pegangan dan sudut pandangan yang berbeza namun itu semua bukan ukuran dalam persahabatan mereka. Tetapi ujian itu datang melanda, menguji kekuatan perhubungan dua teman; Ali Fathi Mohammed [Ali] dan Sebastian Julius [Julius].

Bermula dengan berbahas tentang agama dan nilai-nilai moral, akhirnya ia menjadi pertikaman lidah antara Ali dan Julius. Mungkin hati Julius itu terlalu kecil kerana tidak dapat menerima apa yang diluahkan oleh Ali yang aku kira cukup berhati-hati dalam menyampaikan hujahnya. Mungkin juga Julius begitu mempercayai agamanya hinggakan dia berang bila saja mendengar hujah Ali tentang Isa dan Tuhannya. Hakikatnya kita memang sukar mempercayai sesuatu yang di luar kebiasaan kita. Kita selalu takut dengan bayang-bayang sendiri apabila saja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan norma kita selama ini. Bukan hanya takut pada bayang-bayang tetapi kita sebenarnya lebih takut pada apa yang orang lain katakan mengenai kita.

Julius mungkin tak berniat untuk tidak mengendahkan Ali tetapi rasa sayangnya pada agamanya menjadikannya sebegitu. Tiada siapa sangka takdir membawa dua sahabat ini ke arah yang berbeza. Kemaafan yang diminta Ali hanya berjaya didapatinya ketika ajalnya menjemput. Dan bermula daripada saat itu, hilanglah Ali daripada dunia Julius. Pemergian Ali menimbulkan kesan yang mendalam. Hadiah kecil yang dititipkan kepada Julius membawa satu cahaya baru. Perlahan-lahan hati Julius mula tertarik dengan keindahan Islam. Penghujungnya? Tak susah nak menekanya :D

Satu perkara yang paling aku suka tentang cerpen ini adalah kajilah Al-Quran bukan hanya memandang pada umatnya!

Ps: Moga penulisnya berjaya menghadapi exam yang mendatang :D

Happy reading (^-<)

Rabu, 2 Mac 2011

A & N - Cabaran 50 Novel/Buku : (7) Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak?


Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak?
Manjlara

ISBN: 9789675118463
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Sep 2010
Halaman: ~443
Harga: RM 19.00

~ Rasaku… ~

Ini kali pertama aku baca tulisan penulis ini. Terpengaruh dengan review Kak Adhan & Kak Rinn hik3 lalala5 :P

Qisya Amni [Qisya] – serius, aku suka betul dengan nama ni. Sangat-sangat comel! Cuma kisah hidup Qisya tidak secomel namanya. Liku-liku perjalanan yang harus ditempuh ada masanya menyesakkan jiwa. Kagum dibuatnya dengan semangat si yatim piatu ini. Qisya dibesarkan oleh keluarga pakciknya setelah kematian ibu bapa dan neneknya. Di rumah pakciknya itu, hanya mak longnya saja yang memandangnya satu macam. Memanglah mak longnya tak berlagak seperti mak tiri yang kejam tetapi kata-katanya sudah cukup melukakan. Sebenarnya aku tercari-cari juga sebab mengapa mak longnya itu tak sukakan Qisya tapi tak berjumpa pula. Mungkin ada yang aku tertinggal. Takpe, nanti aku baca lagi bila-bila :P

Qisya dah bertunang dengan Hilmy tetapi sayang tunangnya itu pula kemalangan ketika dia berpatah balik ke kolej untuk mengambil hadiah buat dirinya. Kemalangan itu menyebabkan Hilmy koma dan itu juga punca kepada ibu Hilmy menyingkirkan Qisya daripada keluarganya. Pelik juga kenapa ibu Hilmy tu tak sukakan Qisya yang manis itu. Tetapi bila difikir balik, adatlah tu… tak akan ada sebab kenapa kita suka atau benci seseorang. Ya kan?

Dalam mengubat hati yang terluka dengan sikap ibu Hilmy, Qisya dirisik pula oleh seseorang. Siapakah? Azam Jufry. Perghh… gila la kalau tak suka dengan dia! Walaupun gaya mereka merisik dan cara pertemuan Azam Jufry dan Qisya macam sedikit old fashion, tetapi nampak manis betul. Penuh beradat dan mengangkat budaya Melayu itu sebenarnya. Cuma cinta dan kasih Qisya rupanya dah tertumpah sepenuhnya pada Hilmy, jadi akhirnya hubungan itu cukup sekadar abang dan adik.

Watak yang buat aku sakit mata adalah Wafi Ilya [Wafi]; abang kepada Hilmy yang jatuh cinta pandang pertama ketika melawat adiknya di hospital. Memanglah jatuh cinta itu tak salah tetapi caranya tu lain benar. Menjengkelkan. Tanpa mempedulikan hati Qisya yang masih bersedih dengan pemergian Hilmy, dia terus saja meminta ibunya meminang Qisya. Memang mementingkan perasaan sendiri. Bukan itu saja, caranya yang kuat cemburu dan mengongkong Qisya buat aku yang rimas.

Atas dasar kasihan, Qisya menerima pinangan daripada keluarga Wafi. Aduh! Aku pula yang frust. Mana taknya, aku memang lebih suka Qisya bersama abang Azamnya hehehe :D Tetapi mujur, Wafi sendiri yang memutuskan pertunangan mereka [tak patut aku suka part ni, tapi aku memang suka kih5 :P] Dan pertunangan yang putus buat kali keduanya menyebabkan mak long Qisya naik angin. Qisya yang dah tak mampu bertahan, melarikan diri.

Adegan seterusnya? Oh… aku tak akan cerita! [gelak jahat] Apa yang pasti aku memang suka dengan jalan cerita ini. Menguatkan lagi kata-kata jodoh itu rahsia Allah. Benar. Tepat sekali. Plot-plotnya juga cukup membuai rasa. Masam manis pahit… scene nak tangkap nangis, kiranya cukup asam garamnya. Kelakar pun ada lebih-lebih lagi di bahagian akhir-akhir cerita :D

Allah pinjamkan dia buat aku mengenal cinta. Allah temukan dia untuk aku mengenal kaca dan permata. Andai bersua lagi, akan aku kotakan janji padanya. Tetapi benarkah, dialah pilihan hati? [Blurb novel]

Ps: Novel ini dah berjaya buat aku nak mencari novel pertama penulis ini :))

Happy reading (^-<)