Aktviti Membaca!

Jumaat, 11 Mac 2011

Pesta Buku Kelantan 2011



Info ini diterima melalui peti gmail. Terima kasih pada pihak yang menghantarnya :D

Jadi kepada semua para pencinta buku, jangan lepaskan peluang ya!


Ps: Perasan tak, selalunya pesta buku akan diadakan di hujung bulan. Ketika mereka yang berkerja punya wang dalam poket hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

9 ulasan:

  1. Terima kasih bebanyak empunya blog kerana sudi meletakkan poster PBK 2011. Ujung bulan poket penuh :p

    BalasPadam
  2. RHisham,
    Sama-sama.
    Tahniah juga buat syarikat anda yang tak pernah jemu mempromosikan aktiviti budaya membaca :D
    Mujur tempatnya jauh nun di Kelantan, kalau dekat mungkin saya juga akan ke sana.

    Bila tengah bulan, poket makin bocor kih5 :P

    BalasPadam
  3. best kalau de penulis novel turun gak kn kat PBK 2..hehe..pesta buku kat pwtc pun akhir bln gak kn??..mmng dh planning kowt..hehe

    BalasPadam
  4. Yang jauh kita dekatkan. Yang dekat kita rapat rapatkan. Ape pun, terima kasih banyak

    BalasPadam
  5. 'Izzah,
    Memang seronok kalau dapat jumpa penulis. Lebih mengujakan daripada jumpa artis kan? :D

    KLIBF bulan April nanti tu memang hujung bulan. Mungkin tak nak seperti tahun sudah di mana bila buat tengah bulan kurang sambutannya.


    RHisham,
    Ya, sama-sama :D

    BalasPadam
  6. Nak jumpa penulis? Kami sedang aturkan kedatangan seorang penulis muda. Umur baru 17, sedang bersekolah, hujung tahun 2011 akan ambil peperiksaan SPM. Penulis novel Lovin' You. Nama uols carik sendiri yer (surprise, hehehehe). Novel diterbitkan oleh Kaki Novel Enterprise.

    Bila beliau turun ke PBK? Akan kami war warkan. Tunggguuuuu...... :)

    BalasPadam
  7. RHisham,
    Tahu penulis tu [actually tahu nama je kih5]. Meriah lah nanti ya!

    BalasPadam
  8. Berpaksikan tema pada tahun ini, Membaca Pemangkin Transformasi Bangsa, pesta buku kali ini dianjurkan dengan harapan untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu berpaksikan kepada satu tujuan untuk melonjakkan transformasi negara secara holistik dalam semua bidang melalui penerapan budaya membaca. Tema kali ini harus dihayati dan disebarkan kepada seluruh rakyat Kelantan khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

    Trend membaca di kalangan pelajar amnya telah pun berubah secara drastik menjelang zaman millennium. Mengikut kajian Pusat Perkembangan Kurikulum, didapati para pelajar lebih suka membaca buku berkisar mengenai sesuatu yang hampir dengan mereka, sesuai dengan usia dan persekitaran mereka.

    Oleh itu, pihak sekolah harus peka dengan perubahan trend membaca di kalangan remaja dalam urusan mendapatkan bahan bacaan untuk dijadikan koleksi di pusat sumber sekolah. Ini adalah untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar dan sekaligus dapat dijadikan sebagai pemangkin kepada transformasi bangsa.

    BalasPadam
  9. RHisham,
    Pada saya membaca itu bukannya paksaan. Kita boleh menggalakkan seseorang untuk membaca tetapi kita tidak boleh memaksa mereka baca apa yang kita minta.

    Tetapi persekitaran yang membudayakan membaca mampu mengajak anak muda untuk sama-sama membaca :))

    Bahan bacaan juga perlu punya tarikan yang tinggi. Jadi pastinya penulis juga perlu ada tanggungjawab yang besar dalam menghasilkan karya mereka.

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))