Aktviti Membaca!

Ahad, 6 Mac 2011

Kemuncak

Kemuncak
Iqbalsyarie Bin Shaari

ISBN: -
Penerbit: http://iqbalsyarie.blogspot.com/

Tarikh Terbit: Januari 2011
Halaman: -
Harga: -


~ Rasaku… ~
Sejak kebelakangan ni aku memang jarang duduk menghadap komputer untuk melayari internet. Jarang ada kesempatan nak mengulit e-novel lagi. Rindunya nak buat begitu :D Mungkin disebabkan itu aku lebih suka membaca cerita yang pendek-pendek je.

Cerpen ni dibaca di laman adik Iqbal. Kisah tentang sepasang sahabat yang berlainan bangsa dan agama. Mempunyai pegangan dan sudut pandangan yang berbeza namun itu semua bukan ukuran dalam persahabatan mereka. Tetapi ujian itu datang melanda, menguji kekuatan perhubungan dua teman; Ali Fathi Mohammed [Ali] dan Sebastian Julius [Julius].

Bermula dengan berbahas tentang agama dan nilai-nilai moral, akhirnya ia menjadi pertikaman lidah antara Ali dan Julius. Mungkin hati Julius itu terlalu kecil kerana tidak dapat menerima apa yang diluahkan oleh Ali yang aku kira cukup berhati-hati dalam menyampaikan hujahnya. Mungkin juga Julius begitu mempercayai agamanya hinggakan dia berang bila saja mendengar hujah Ali tentang Isa dan Tuhannya. Hakikatnya kita memang sukar mempercayai sesuatu yang di luar kebiasaan kita. Kita selalu takut dengan bayang-bayang sendiri apabila saja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan norma kita selama ini. Bukan hanya takut pada bayang-bayang tetapi kita sebenarnya lebih takut pada apa yang orang lain katakan mengenai kita.

Julius mungkin tak berniat untuk tidak mengendahkan Ali tetapi rasa sayangnya pada agamanya menjadikannya sebegitu. Tiada siapa sangka takdir membawa dua sahabat ini ke arah yang berbeza. Kemaafan yang diminta Ali hanya berjaya didapatinya ketika ajalnya menjemput. Dan bermula daripada saat itu, hilanglah Ali daripada dunia Julius. Pemergian Ali menimbulkan kesan yang mendalam. Hadiah kecil yang dititipkan kepada Julius membawa satu cahaya baru. Perlahan-lahan hati Julius mula tertarik dengan keindahan Islam. Penghujungnya? Tak susah nak menekanya :D

Satu perkara yang paling aku suka tentang cerpen ini adalah kajilah Al-Quran bukan hanya memandang pada umatnya!

Ps: Moga penulisnya berjaya menghadapi exam yang mendatang :D

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))