Aktviti Membaca!

Selasa, 22 Mac 2011

Pilihan Kamu

Sebenarnya memang ramai yang meminta aku singgah ke blog mereka untuk membaca karya-karya online. Aku suka sebenarnya nak menjengah tetapi satu-satunya sebab mengapa aku tidak begitu suka dengan karya online adalah kerana ia punya timeframe. Bermakna aku perlu menunggu tiap episod itu di'publish' oleh penulisnya. Pastinya aku bukan penunggu yang setia. Lagipun sudah habit yang aku akan bermula daripada pengakhiran cerita. Jadi aku memang lebih menggemari sesuatu karya yang telah siap sepenuhnya.

Disebabkan itu aku lebih banyak menyelongkar laman adik Zatie (http://enovel-link.blogspot.com/). Pusat sehenti yang menghimpun hampir keseluruhan karya online. Ia lebih mudah, lebih cepat sebab aku hanya perlu ke bahagian cerita yang dah tamat :D [Zatie, ni kira promosi blog tau hik3 lalala5 :P].

Karya online yang melimpah-ruah ada banyak versi, banyak genre dan pastinya ramai peminatnya. Untuk kamu yang suka, sila pilih... pilih ikut kesukaan kamu. Dan kalau ada yang ingin berkongsi rasa boleh saja kongsi di sini. Aku sedia menerima apa saja saranan novel/cerpen yang menarik tapi pasti ada syarat! Pastikan cerita itu sudah tamat ya kawan-kawan hik3 lalala5 :P

Terlupa pula pada sesiapa yang mengenali Cik Ian. Kenal tak? Penulis ini sudah berpindah ke laman baru rupanya. Comel betul rumah barunya tu [aku jealous sebab layout yang cantik :P]. Aku pernah review karyanya dulu iaitu Bicara Buat Ikhlas [baru satu je yang sempat :P].

Ps: Kaki Novel & Jemari Seni antara penerbit yang suka membantu para pengkarya online ini. Credit to them :))

Happy reading (^-<)

7 ulasan:

  1. ewaah.
    kembang jap sbb kena promote.
    ekekkee.
    =D

    BalasPadam
  2. keSENGALan teserlah,
    Kembang tapi cepat kuncup balik hehe2
    Zatie, good luck for your SPM result. Keluar hari ni kan?

    BalasPadam
  3. sama la..sy pn suka cerita yg dah abes ditulis.x rajin la nk menunggu

    BalasPadam
  4. Eera Shera,
    Haah, menunggu itu satu penyeksaan kan? :))

    BalasPadam
  5. Salam Lilyel,
    Saya bukan pelajar IPT, so bolehlah abaikan hehe :))

    BalasPadam
  6. tapi kalau novel online yg kn terbitkan kena tapis2 gak sbb selalu terkena yg tak best...:(

    BalasPadam
  7. Adhan,
    Faham. Akak mesti dah selalu terkena kan?
    Nak buat bagaimana kebanyakan penulis online masih muda, ada yang lebih muda daripada saya. Jadi pemikiran dan cara tulisan mereka mungkin tak setara dengan apa yang kita harapkan.

    Sebagai pembaca, saya selalunya tak mengharap lebih daripada penulis amatur :))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))