Aktviti Membaca!

Rabu, 1 September 2010

Antara Benci dan Rindu


JUDUL: ANTARA BENCI DAN RINDU
PENULIS: IDA FARISYA
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE



~ Rasaku… ~

Sebuah lagi karya yang diangkat daripada cerita online. Aku membelinya setelah dicadangkan oleh pembantu kedai. Beria-ia kakak tu bercerita, dan kerana tak mahu menghampakannya aku gapai dan beli :) Tidak meletakkan harapan yang tinggi ketika aku mula membacanya. Apatah lagi secara umumnya sudah tahu ia adalah cerita kahwin paksa. Jadi memang boleh menjangkakan alur ceritanya.

Mengisahkan Nur Halifah [Ifa] yang berkahwin atas desakan keluarganya. Perkahwinannya dengan Yusrizal [Rizal] tidak bererti apa-apa. Hidup Yusrizal terlalu bebas dan dia juga tahu Rizal waktu itu sudah mempunyai kekasih. Rumah tangga yang tak pernah bahagia itu berkecai jua akhirnya. Puncanya Rizal ditangkap basah oleh Ifa dan juga adik iparnya. Padan muka Rizal. Kantoi dengan adiknya sendiri. Oh, ya! Cerita ini bermula di saat selepas penceraian mereka. Maknanya punca mereka bercerai ni diceritakan secara flashback. Terselit juga bagaimana deritanya Ifa saat bergelar isteri. Penulis bijak mengadun scene flashback. Teratur plotnya, kemas dan tidak langsung mengganggu pembacaan.

Penceraian itu menyebabkan Ifa menghilangkan diri hampir 5 tahun. Dek kerana terserempak dengan bekas adik iparnya, perhubungan Ifa dengan keluarga bekas suaminya kembali rapat. Kemunculannya bagaikan dinanti-nanti. Lantas kedua-dua belah keluarga berhasrat agar Ifa dan Rizal kembali sebagai suami isteri. Ifa yang masih tak mampu melupakan luka lama menolak. Dia sudah serik menjadi isteri kepada Rizal.

Namun sebaliknya pula pada Rizal. Setelah dia ditinggalkan oleh Ifa barulah dia sedar akan sikapnya. Dia mula berubah. Tiada lagi sikap-sikap yang agresifnya dulu. Malah kekasihnya Anne, yang dikahwini sebaik sahaja berpisah dengan Ifa juga sudah diceraikan. Rizal tekad untuk menjadi lebih baik dan seterusnya menebus semula tiap kesalahannya pada Ifa. Makanya cadangan keluarganya untuk meminang semula Ifa memang amat dipersetujui.

Kemunculan Daniel menggugat Rizal. Barulah dia tahu sebelum perkahwinan mereka dulu, Ifa dan Daniel saling berkasihan. Daniel yang masih menyimpan perasaan terhadap Ifa mula mengintai peluang tetapi Ifa menolak. Dia tahu Daniel sudah bertunang dan dia tak mahu melukakan hati perempuan lain kerana dia pernah merasai luka itu dahulu.

Ifa akhirnya mengalah dengan hasrat Rizal. Itu semua kerana dia memerlukan bantuan kewangan bagi pembedahan ibunya. Tiada tempat mengadu, jadi Ifa mencari Rizal. Rizal bersetuju tetapi dengan syarat iaitu Ifa bersedia mengahwininya semula. Ifa terpaksa mengikut syarat yang ditetapkan kerana ingin menyelamatkan ibunya.

Berkahwin kali kedua membuka mata Ifa. Rizal sememangnya sudah berubah. Menjadi lelaki yang teramat gentleman dan budiman. Malah sifat romantis Rizal juga terserlah. Sedar tak sedar hati Ifa terusik. Dia tak dapat menipu yang perilaku Rizal itu memang mendamaikan hati perempuannya. Scene Ifa diculik di akhir-akhir cerita menambahkan rencah. Mungkin untuk menjadikan cerita ini lebih diingati dengan adegan thriller tersebut. Namun, pada pendapat aku nilai RM30,000 yang diperlukan oleh Ifa tu agak rendah. Ifa kan berkerjaya jadi mustahil dia tak boleh mendapat loan peribadi. Betul tak?

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))