Aktviti Membaca!

Khamis, 19 Ogos 2010

Garis-garis Deja Vu


JUDUL: GARIS-GARIS DEJA VU
PENULIS: JOHN NORAFIZAN
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

Pada kamu yang sudah muak dengan kisah cinta biasa memang sesuai membelek novel tebal JN ni. Ceritanya lengkap dengan 4 kisah yang berbeza. Namun kebetulan dan takdir memang sentiasa melingkari cerita penulis ini. Dan itu aku rasa tidak ketinggalan langsung dalam GGDV. Apa kekuatan novel ini? Pastinya terletak pada elemen penceritaannya yang benar-benar mengesankan. Kisah-kisah yang berlaku di dua benua melangkau tiga negara digarap dengan begitu baik. Dan setiap watak utama dibangunkan dengan baik tanpa dibayangi dengan watak-watak lain. Ditambah pula dengan monolog watak yang berpeluang bercerita tentang apa yang
difikirkan dan apa yang dirasakan. Semuanya menjadikan aku tak senang duduk membacanya.

Bermula dengan monolog Rumi dan Ashraf sudah pastinya akan memaku para pembacanya di awal bab lagi. Ashraf menerima Nini sebagai isterinya atas permintaan keluarganya. Sebagai suami Ashraf menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaiknya. Namun dek kerana hatinya masih terkenangkan kisah cinta lampaunya membuatkan dia rasa bersalah. Apatah lagi mendengarkan berita Nini mengandung, dia tekad ke Jordan kerana dulu dia pernah meninggalkan isterinya; Laila yang sedang mengandung. Perjalanannya di sana menemukan dia dengan Sulaiman. Anak kecil itu kemudiannya jatuh dalam jagaan Ashraf dan kini tugasnya berubah kepada mencari ayah kepada anak itu.

Nini pula rasa berdosa kerana berlaku curang. Dia bertekad mengikuti jejak Ashraf dengan bantuan Sedek namun perjalanannya tidak mudah. Kapal terbang yang dinaiki mereka ditawan pengganas. Sedek mati dibunuh. Kejadian itu menemukan Nini dengan Numair, salah seorang anggota pengganas. Cinta yang hadir di antara mereka sedikit unik dan aku menghayati gerak rasa cinta tanpa suara yang harus tunduk kepada keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.

Kisah ketiga tentang si anak kecil; Damien yang mencari kasih sayang dalam keluarganya. Ibunya koma dan ayahnya pula telah menghilangkan diri. Jenny; si pencuri duit Damien akhirnya menjadi teman kepada Damien. Mereka berdua kemudiannya berusaha untuk memulakan pengembaraan. Pengembaraan seorang anak mencari ayahnya.

Kisah Suraya, seorang Islam yang telah lama murtad kerana menurut kata hatinya. Buta kerana cinta. Dengan tiket cinta dan kebahagiaan yang belum pasti dia terus beralih kepada Kristian. Dia akhirnya hilang kepercayaan kepada mana-mana agama dan menidakkan kuasa Yang Maha Esa. Kehadiran Eilin menyebabkan hatinya mula mengingati Islam dan perlahan-lahan nur kembali memberinya petunjuk.

Kisah yang penuh dramatik tetapi tidak akan membuat anda serabut. Scene yang paling mendebarkan apabila peristiwa ketika di dalam pesawat yang aku kira sesuatu yang terlalu baru dalam penulisan novel di Malaysia. Oh, ya! Info untuk kamu kesinambungan kisah ini bermula semenjak wujudnya Father Thomas Rodriguez di dalam `Sempadan Tanpa Seri', hingga membawa kepada `Tunjukkan Aku Satu Bintang'. Umpama satu rantaian cerita yang panjang tetapi jangan risau kamu tak akan sesat sekiranya hanya baru membaca GGDV. Tiap cerita dibangun dengan sendirinya :D

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. Lama cari novel ni tapi tak jumpa-jumpa. Cerita yang agak menarik.

    BalasPadam
  2. Pei Pan,
    Ya cerita yang beri kesan yang cukup dramatik :)
    Eh, boleh ke link Jemari Seni. Rasanya bila beli online boleh dapat diskaun :D

    BalasPadam
  3. novel nieemang best...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama,
    Kan? Antara buku fav saya ni :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))