Aktviti Membaca!

Rabu, 1 September 2010

Hadirmu Takdirku


JUDUL: HADIRMU TAKDIRKU
PENULIS: ALINA HAIZAR
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE



~ Rasaku… ~

Ini sebuah kisah cinta antara dua darjat. Hana bertemu Jeffery ketika dia bekerja sebagai pelayan di cafe kolej tempat Jeffery belajar. Pada mulanya Jeffery melayan Hana biasa-biasa saja tetapi dek kerana cabaran daripada teman-teman Jeffery, dia cuba mendekati Hana.

Hana yang menganggap Jeffery benar-benar jujur dalam bersahabat begitu mudah mempercayai Jeffery. Sayangnya dia tak tahu yang dirinya merupakan bahan taruhan. Jeffery kini menghabiskan hampir keseluruhan masanya bersama Hana. Hana dibuai rasa. Perasaan indah yang tidak bertepi. Hatinya sering saja berdebar-debar bila dekat dengan Jeffery.

Jeffery pula keliru. Dia menidakkan perasaanya terhadap Hana namun dalam masa yang sama dia amat-amat cemburu kalau ada lelaki lain yang mendekati Hana. Perhubungan mereka makin rapat tetapi ada sesuatu yang terjadi. Jeffery terbang ke US untuk melanjutkan pelajarannya. Hana dibiarkan bersendirian terkapai-kapai.

Tujuh tahun berlalu dan Jeffery kini sudah kembali ke tanah air. Rindunya pada Hana membuak-buak tetapi dipendamkan. Ekoran daripada kemalangan ketika menuju ke kampung neneknya, dia dipertemukan dengan seorang anak kecil. Nurul Afiqah [Fiqah] memanggil Jeffery papa. Pada mulanya Jeffery menganggap yang Fiqah itu masih dalam trauma. Namun bila Fiqah mengakui yang Jeffery itu benar-benar ayahnya, Jeffery sudah tidak senang duduk.

Jeffery berusaha untuk menjejaki mama Fiqah. Dan pencarian itu menemukan semula dia dengan Hana. Rupa-rupanya Hana sudah pun berubah. Dia bukan lagi gadis comot yang bisa diperbodoh-bodohkan. Hana sudah bergelar Nurul Ain, seorang pengacara TV yang amat disegani. Pertemuan mereka buat kali keduanya telah membuka kembali cerita lama.

Hana menjadi beku, sebeku ais salju. Dia pernah dilukakan dan terlalu payah untuk diubati. Luka lama yang berlaku kerana kisah kekejaman manusia yang memisahkan cinta di hati Hana. Jeffery berusaha untuk memenangi hati Hana semula. Apatah lagi setelah mengetahui duduk perkara yang sebenar. Jadi dapatkah Jeffery menawan hati Hana? Siapa pula mama Fiqah? Tak susah untuk menekanya hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

6 ulasan:

  1. boleh sewa kat ke saya buku ini?

    BalasPadam
  2. nana,
    Saya tak sewakan buku tetapi awak boleh pinjam buku ni dari saya :)

    BalasPadam
  3. Buku ni ada lagi? Saya nak beli, boleh?

    BalasPadam
  4. HaSha Machito',
    Saya tak jual la, maaf!

    BalasPadam
  5. Salam. Dah puas sy cari buku ini tapi tapi tak jumpa. Boleh sy sewa? Postage semua sy tanggung.

    BalasPadam
  6. adrina nohin,
    Awak boleh email saya di:- airinacomei@gmail.com

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))