Aktviti Membaca!

Isnin, 21 Jun 2010

Serasi Di Hati


JUDUL: SERASI DI HATI
PENULIS: NORA ISMAIL
TERBITAN: NB KARA SDN BHD



~ Rasaku… ~

Sebab utama aku membeli novel ini pastinya kerana kulit bukunya. Warna hijau terang dengan gambar epal sebiji itu cukup mencuri perhatian apabila ia berada di rak buku. Tanpa berlengah aku gapai kerana tahu ia tulisan penulis kesayangan; Kak Rose

Zarul; seorang lelaki muda yang bekerja dengan Datin Zalina Asha. Bukan kerja yang biasa-biasa je tetapi ada juga yang luar biasa tau! Yang tu korang boleh tafsirkan sendiri. Namun setelah lama bekerja, Zarul mula merasakan kekosongan. Terfikir sampai bila harus menjadi hamba nafsu sendiri.

Perkenalan dengan Edrinaz di laman chatting menyebabkan Zarul makin diburu rasa bersalah. Edrinaz sering menasihati, menjadi pendengar yang setia dan selalu saja mengajak Zarul ke pangkal jalan. Perlahan-lahan Zarul mula bersedia untuk berubah. Bersua dengan Edrinaz menyebabkan hati Zarul mula goyah. Tanpa disedari dia mula jatuh cinta pada Edrinaz.

Edrinaz – gadis ini sudah berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri. Sikapnya yang manja dan suka memanjakan suaminya tu rasanya macam tak kena saja. Shamsul Azman pula bukannya kisah sangat dengan isterinya. Kalau nak sesuatu barulah isterinya dicari. Lagi satu, kalau isterinya merajuk bukannya dia ambil peduli. Hampeh punya laki!

Perhubungan Zarul-Edrinaz berjalan dengan lancar. Edrinaz tak pernah berselindung tentang statusnya malah kehadiran Zarul diceritakan pada suaminya. Tetapi fitnah dari Zalina Asha membuatkan Shamsul Azman tercabar. Godaan kekasih lama juga sering saja membuai perasaannya. Termakan dengan pujuk rayu dan hasutan, Edrinaz diceraikan ketika isterinya itu baru saja keguguran. Gila lah! Memang tak berperikemanusiaan langsung! Heran aku macam mana Edrinaz boleh memuja lelaki macam ni.

Zarul yang menyaksikan keadaan Edrinaz terus menghulurkan bantuan. Kasih dan kasihan bercampur-aduk. Dia mahu Edrinaz sedar akan cintanya itu. Best pula scene Edrinaz deliver bunga dan coklat tu. Comel je. Memang si Edrinaz ni memang suka bagi hadiah kat orang lain agaknya.

Edrinaz jadi keliru. Wajah Zarul makin menari-nari di matanya sedangkan hatinya ingin merindui bekas suami. Namun ketika hati Edrinaz mula membuka ruang pada Zarul, Shamsul Azman kembali merayu. Keadaan Shamsul Azman yang macam dah tak betul tu menyebabkan Edrinaz rasa bertanggungjawab untuk membantu. Jadi, siapa pilihan Edrinaz?

Mak aku kata cerita ni tak best macam MSC. Yalah, ni bukan genre yang mak aku minat. Apa pun aku letakkan kisah ni dalam kategori 18SX kot kerana rasanya ia lebih sesuai untuk dibaca oleh pasangan yang sudah berkahwin.

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Cik Airina..mana nak dapat kan novel ni lagi ya,NB dah tak ulang cetak citer ni...dah lama saya cari ...

    EL

    BalasPadam
  2. EL,
    Maaf awak saya pun tak pasti nak cari. Tapi, awak boleh cuba di link ini:- http://www.mudah.my/Serasi+di+Hati-20185696.html

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))