Aktviti Membaca!

Khamis, 24 Jun 2010

Tuhan Lebih Tahu


JUDUL: TUHAN LEBIH TAHU
PENULIS: NORA ISMAIL
TERBITAN: NB KARA SDN BHD



~ Rasaku… ~

TLT membawa kisah dua orang sahabat yang berlainan jantina. Mungkinkah antara lelaki dan perempuan tidak boleh berteman rapat? Atau hubungan persahabatan itu nanti akan timbul cinta platonik?

Rina Azia [Rina] dan Hazry Izhar [Hazry] bagaikan belangkas. Sejak kali pertama bersua mereka sudah serasi. Hubungan yang erat itu sering saja disalah erti sedangkan di hati mereka sayang itu cuma sekadar sahabat. Tidak lebih daripada itu.

Rapatnya Rina dan Hazry memang tak disukai oleh Elisha, teman wanitanya yang mengada-ngada tu. Sering saja bertengkar kerana perkara-perkara kecil. Sudahnya hubungan kasih mereka terputus. Elisha terbang ke luar negara mengejar impiannya menjadi model terkenal.

Perpisahan dengan Elisha membuatkan Hazry tak senang duduk. Ingin mengadu pada Rina; gadis itu pula dirasakan semakin menjauh bila dia berkenalan dengan Wan Azfarel [Arel]. Suramnya Hazry tidak berkesudahan apabila ayah tersayang dijemput Ilahi. Dia umpama hilang arah. Hilang sudah tempat bergantung.

Rina yang mengetahui khabar itu segera mencari Hazry. Dia ingin menjadi sahabat yang mengerti. Tetapi entah di mana silapnya. Pengertian yang ingin diberi dibalas dengan penuh luka. Hazry yang di bawah pengaruh pil Ectasy telah meragut kesucian Rina.

Kecewanya Rina bukannya sedikit. Hazry pula memang lelaki dayus. Pergi ke luar negara begitu saja. Cukupkah dengan nota kemaafan? Gila lah! Hazry memang tak selayaknya digelar teman. Maaf sahaja tak akan mampu mengembalikan keadaan seperti dulu kala. Maaf juga tak akan pernah cukup untuk seorang wanita yang sudah ternoda.

Mujur saja ada Arel. Dia yang sememangnya amat menyayangi Rina sudi menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan Hazry. Dengan restu keluarganya, dia menyunting Rina sebagai isteri. Sayangnya kebahagiaan Rina tidak berpanjangan. Dia disahkan mengandung dua bulan sedangkan perkahwinan mereka baru saja mencecah sebulan. Rina dibuang keluarga kerana dianggap anak yang menconteng arang. Baik Rina mahupun Arel, masing-masing dah tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke rumah keluarga Rina.

Bertahun-tahun cuba melupakan bayangan hitam tetapi kemunculan Hazry menggugat kembali ketenangan Rina. Kehadiran Hazry yang mula merindui temannya itu membuatkan Arel dilanda cemburu. Apatah lagi Ikhzal [Ayik] saling tak tumpah seperti Hazry. Mahu lari ke mana andainya rahsia lama terbongkar. Baik Rina mahupun Arel tidak sanggup kehilangan Ayik.

Namun air yang dicincang memang tak akan pernah putus. Arel sendiri yang menceritakan hal yang sebenar. Dia mahu Ayik merasai kasih sayang ayah kandungnya. Baiknyalah si Arel ni! Tetapi sayangnya Arel silap percaturan. Kehadiran Hazry di antara mereka menyebabkan rumah tangga mereka kini dalam kekacauan.

Happy reading (^-<)

5 ulasan:

  1. D mane ad jual nvl tuhan lebih tahu..smua tmpt sy cari

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama,
    Owh! Memang susah dah nak jumpa. Kalau ada pun kat mereka yang jual secondhand. Cuba tanya pada FB Penchinta Buku :D

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum

    Novel Tuhan lebih tahu

    jomlayanbuku.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fadzilah..ada lg x novel nie..klu ada akak nak beli

      Padam
  4. Waalaikumsalam Fadzilah Wahab,
    Terima kasih atas makluman.
    Kawan-kawan boleh dapatkan copy dari laman Cik Fadzilah kita ni :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))