Aktviti Membaca!

Khamis, 17 Jun 2010

Aku Mahu Kamu


JUDUL: AKU MAHU KAMU
PENULIS: ALEYA ANEESA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

AMK membawa kita menyelami bagaimana rasanya apabila kita kehilangan seseorang yang paling kita sayang. Bagaimana kita cuba menerima ketentuan itu dan cuba merawat rasa kehilangan.

Kematian Faiq Fallah [Faiq] benar-benar meragut kebahagiaan pasangan suami isteri ini. Antara Qisya Khaleesa [Qisya] dan Ziyad Fallah [Ziyad], siapa sebenarnya yang paling derita? Kehilangan memang bukan sesuatu yang mudah. Malah terlalu menyakitkan untuk diterima. Namun, sikap Ziyad yang terlalu meletakkan ke semua kesalahan di bahu Qisya terlalu melukakan hati Qisya sendiri. Hati ibu mana yang sanggup melihat pemergian anaknya sendiri? Masakan Ziyad tak pernah mengerti?

Kebahagiaan yang dirasakan oleh Qisya bertahun-tahun bagaikan hilang berterbangan bila Faiq juga pergi. Bekunya hati Ziyad benar-benar mengecewakan. Keegoan Ziyad juga buat Qisya mula berjauh hati. Dia merasakan bukan saja kehilangan anak malah suaminya juga sudah tidak ambil peduli akan kehadirannya di sisi.

Qisya nekad membawa pergi. Dengan alasan ke rumah ayahnya, dia sebenarnya hanya mahu melarikan diri. Tidak sanggup berdepan dengan si hati batu Ziyad. Dan di rumah ayahnya, barulah dia tahu yang dia kini berbadan dua. Gembiranya rasa tak bertepi, mahu dikhabarkan pada sang suami tetapi Ziyad berdiam diri. Tanpa pengetahuan Ziyad, Qisya tetap tabah sehinggalah Firyal Ibtisam [Firyal] lahir ke dunia.

Qisya kemudiannya membuat satu keputusan yang aku kira memang sukar diterima akal. Si bayi comel ditinggalkan di hadapan kediaman Ziyad. Dia sanggup berpisah dengan anaknya kerana mahu menebus kekecewaan yang dialami oleh Ziyad. Gila lah! Bagaimana kalau Ziyad tak boleh terima baby tu? Haru…

Empat tahun selepas itu Qisya bertemu Firyal tanpa mengetahui yang itu anaknya yang ditinggalkan. Dan pertemuan dengan Ziyad dan Firyal selepas itu barulah membuka rahsia yang selama ini dipendam. Benarkah Qisya tidak pernah peduli akan anak yang dikandungnya sendiri? Tegarkah Ziyad untuk terus menyalahkan isterinya sedangkan ajal dan maut itu bukan di tangan manusia? Sudah hilangkah rasa sayang pada Qisya yang pernah menjadi ratu di hatinya?

Oh, ya! Di awal bab, ada diceritakan saat-saat Qisya bertemu dengan Ziyad. Bagaimana dengan kehadiran hanya sebatang pen oren boleh menyatukan dua hati. Comel sungguh :)

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. konklusinya,best x..?

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama,
    Jalan ceritanya menarik, lain daripada yang lain.
    Pada hemat saya, ia seronok dibaca.
    Cubalah baca! :)

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))