Aktviti Membaca!

Rabu, 2 Jun 2010

Bicara Buat Ikhlas


JUDUL: BICARA BUAT IKLHAS
PENULIS: CIK IAN
TERBITAN:
http://kotakcintahati.blogspot.com/

~ Rasaku… ~

Cerita ini aku perolehi semasa menjelajah blog Adik Zatie. Aku teringin membaca cerita online tetapi tak mahu yang panjang-panjang. Alihnya ini yang jadi perhatian. Dan terima kasih untuk sebuah coretan yang hebat ini. Mengimbau banyak kenangan yang pernah hadir dalam hidupku.

Permulaan cerita yang memancarkan rasa sedih yang tak bertepi. Kehilangan seseorang itu memang melukakan, amat menyakitkan. Apatah lagi insan itu antara yang teristimewa di hati. Pemergian Ikhlas Hairadi sungguh menyiksakan jiwa Akmal Firdausi. Biarpun dia sendiri sudah arif benar akan masa hayat temannya itu.

Dan lewat episod seterusnya mengisahkan bagaimana resahnya jiwa lelaki bernama Akmal Firdausi itu. Bagaimana dia cuba menghadapi hari-hari dengan bertemankan memori yang ditinggalkan. Sedikit ternganga dengan kisah sebenar hidup Akmal Firdausi sebelum ini. Pandai sungguh penulis mempotretkan klimaksnya di penghujung cerita.

Kehadiran Akhril Mukhlis sedikit sebanyak ada cerianya. Seorang lagi teman yang cuba mengheret Akmal Firdausi supaya bangkit daripada sisi kesedihannya. Bagus kalau kamu ada teman seperti ini. Watak Hafeezah Nur Ain juga mewarnakan lagi cerita ini. Kemunculannya yang tak diduga di beberapa plot sebenarnya ada banyak kesannya. Ada pelbagai persoalan yang ada di fikiran waktu aku melewati watak gadis ini. Kalaulah pembangunan wataknya lebih diperincikan, ia akan nampak lebih menarik.

Tahniah buat Cik Ian atas karya yang cukup perisanya. Mungkin saja aku bukan gadis cengeng yang bisa mengalirkan air mata tapi rasa yang cuba disampaikan sudah cukup menusuk di kalbu :))

Dan buat kamu sahabatku yang jauh di sana... terima kasih atas persahabatanmu. Terima kasih atas kenangan itu. Sungguh aku rindu pada kamu! Al-Fatihah.

Akmal Firdausi - Aku hanya mampu menjadi pelangi, Ikhlas. Aku hanya hadir di kala kau sedang melabuhkan tirai [Ep. 1]

Ps: Satu-satunya yang buat aku lelah meneliti tiap baris ayat adalah saiz tulisannya. Sungguh mencabar anak mataku yang sememangnya tidak begitu sempurna sifatnya hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum.
    Tak sangka karya kecil ini dibaca dan diteliti oleh kamu. Terima kasih dan alhamdulillah.

    Sesungguhnya karya ini adalah bicara kerinduan seorang sahabat terhadap sahabatnya. Permohonan maaf yang tidak selalunya dapat kita ucap bila mata bertatap mata.

    Adakalanya kita akan mengharagai seseorang/sesuatu itu bila kita kehilangannya.

    Maaf kerana sedikit menyusahkan mata kamu membaca setiap ayat yang tertaip di skrin. Akan saya cuba perbaiki.

    Terima kasih sekali lagi. =)

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam dandelion kiss,
    Saya lebih gemar nama Cik Ian itu :))

    Benar, harus diakui yang kita selalunya akan lebih menghargai apabila kita kehilangannya.

    Terima kasih kerana tulisan kamu telah membawa saya ke kenangan lama yang amat manis, walaupun pengakhiran kenangan itu ada air mata yang mengalir.

    Maaf juga sebab mata saya ni memang ada sedikit masalah. Jadi bukannya kesilapan kamu :))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))