Aktviti Membaca!

Selasa, 8 Jun 2010

Sudi Jadi Cintaku


JUDUL: SUDI JADI CINTAKU
PENULIS: MARWATI WAHAB
TERBITAN: FAJAR PAKEER SDN BHD



~ Rasaku… ~

Melihatkan nama penulisnya memang aku tak menjangkakan dia itu adalah Aleya Aneesa [yang menulis di Alaf 21]. Kenapa ya guna dua nama pena yang berbeza? Tetapi tak mengapalah, dah tahu gaya penulisannya jadi tak ragu-ragu memilih mini novella ini :)

Farihah memang tak pernah memikirkan hubungannya dan Harith boleh dibawa ke tahap yang lebih serius. Padanya, Harith akan tetap menjadi sahabat terbaiknya dunia dan akhirat. Namun bila dia didesak oleh abangnya sendiri; Fahrin, dia tiada jalan lain lagi. Tak mampu membayangkan lelaki lain yang boleh diangkat menjadi suaminya selain Harith.

Ya, kerja gila! Tetapi gila tak gila hanya Harith yang boleh jadi penyelamatnya. Ideanya diutarakan pada sahabatnya itu. Perasaan malu ditolak tepi, yang lebih penting lamaran untuk 'menyunting' Harith menjadi suami perlu dilaksanakan. Dia tak mahu abangnya memilih rakan baiknya; Hafsham sebagai suaminya.

Namun tak tahu pula Harith menolak. Memang selalunya Harith tak pernah menghampakannya tetapi kali ini lain pula ceritanya. Harith membantah sekeras-kerasnya. Sayangnya pada Farihah hanyalah sayang kepada sahabat mana mungkin ditukar ganti pada cinta.

Kecewanya Farihah bukan kepalang. Siapa lagi yang boleh diharapkan selain Harith? Lalu Farihah membawa diri. Meletakan jurang di antara dia dan Harith. Dan Harith bila sudah terasa jauhnya Farihah mula tak senang duduk. Harith jadi pelik dengan hatinya sendiri. Menolak Farihah sebagai isterinya tetapi dalam masa yang sama dia tak mahu Farihah menjadi milik lelaki lain.

Malah kehadiran Hafsham membuatkan Harith makin risau. Dia tak mahu berkongsi Farihahnya dengan orang lain. Gadis itu miliknya seorang. Hanya dia!

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Emm kalau baca ulasan ni macam sama pulak dengan cerita "Dia Tak Tanya" tulisan orang yang sama juga tapi terbitan berlainan. Tapi tak pastilah sebab belum baca yang ini. Kisah dua sahabat, ajak kahwin cuma yang ini tak setuju, yang itu setuju....

    BalasPadam
  2. atiejay,
    Saya belum baca yang 'Dia Tak Tanya' tu..tapi dalam kisah ni, Harith tu nanti terima juga si Farihah. Maksudnya mereka berdua kahwin juga lah ;))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))