Aktviti Membaca!

Isnin, 14 Jun 2010

Lentera Mustika


JUDUL: LENTERA MUSTIKA
PENULIS: NISAH HARON
TERBITAN: PTS LITERA UTAMA SDN BHD


~ Rasaku… ~

Kuda hitam pelana kain,
Bunga seganda di dalam dulang,
Niatku tidak pada yang lain,
Hanya pada tuan seorang.

Pertama kali aku dicadangkan oleh Sis Adhan untuk menghalusi karya penulis ini. Tanpa teragak-agak bila bersua dengan novelnya aku gapai dan beli ;D

Membawa kita pada kisah Prof. Madya Dr. Ainur Mustika [Ainur]; seorang Pensyarah Kesusasteraan Tradisonal Melayu. Jarang sungguh watak diberi 'kerja' seperti ini. Jadi permulaannya saja sudah berjaya menarik aku untuk terus membacanya.

Ainur wanita lewat 30-an yang masih belum berkahwin. Dibayangi oleh 3 orang lelaki iaitu Syed Amirul Hakim, Rozario dan ZulFarhan yang punya kredibiliti tersendiri. Ketiga-tiga lelaki ini sering menghantui gerak langkah Ainur tetapi yang paling besar kesannya pastilah Syed Amirul Hakim.

Ainur pernah jatuh hati pada Syed Amirul Hakim. Namun sayangnya tak berpanjangan bila keluarga Syed Amirul Hakim menolak kehadiran Ainur. Mereka mahukan menantu yang bergelar "Sharifah". Kasihan! Cinta dua darjat yang tidak kesampaian. Ainur rela mengundur diri.

Takdir menemukan Ainur dengan Emir Johan [Emir], seorang peguam yang mempunyai firma guamannya sendiri. Sikap Emir yang amat berminat dengan prosa tradisonal mengusik hati Ainur. Malah kesanggupan Emir menaja pemergian Ainur ke Shanghai untuk pembentangan kertas kerja berkaitan kesasteraan Melayu tidak dapat dilupakan. Tanpa disedari baik Ainur dan Emir, masing-masing sudah pun menyimpan rasa.

Dan cerita seterusnya membawa kita kepada kesungguhan Ainur memartabatkan budaya yang dah lama kita biarkan. Selain itu ada terselit mengenai kepentingan menulis wasiat. Penulis juga 'menasihati' pembacanya tentang sikap masyarakat Melayu yang terlalu mengikut adat. Kalau mahu mengahwinkan anak, sanggup bergolok-gadai janji acaranya grand.

Ps: Ingat-ingat lupa jalan cerita ini sebab dah lama benar aku baca tetapi baru sekarang aku tulis review. Maaf :)

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))