Aktviti Membaca!

Isnin, 17 Mei 2010

Ya Fattah; Cinta Sakti


JUDUL: YA FATTAH; CINTA SAKTI
PENULIS: NOORFADZILLAH
TERBITAN: BUKU PRIMA SDN BHD



~ Rasaku… ~

Ramai pihak yang mencadangkan aku membaca novel ini. Alhamdulillah, aku dapat juga novel ni secara online. Credit to Syida

YFCS membawa kita ke alam kuasa telekinetik. Fattah; hero cerita ini mempunyai keistimewaan kuasa telekinetik dan minda. Digambarkan sebagai seorang lelaki yang cukup sempurna pada fizikalnya, ditambah dengan akhlak yang mulia dan bijaksana. Terlalu ideal untuk sesuatu watak hingga bila digambarkan terlalu sempurna, ia jadi tidak realistik.

Keistimewaan Fattah itu adalah punca kepada pembunuhan kedua orang tuanya. Pelbagai fitnah yang dilemparkan walhal itu semua adalah helah daripada seseorang yang inginkan kuasa itu daripada si kecil Fattah. Kasihan Fattah. Usianya yang waktu itu baru mencecah 5 tahun tetapi melihat sendiri kematian ibu dan bapanya. Dia yang melarikan diri diselamatkan oleh Profesor Nik Daud dan Puan Zubaidah. Kerana kasihan, Fattah diambil menjadi anak angkat dan keistimewaan Fattah dirahsiakan.

Keupayaan Fattah bukan hanya boleh menggerakkan objek tetapi fikirannya boleh melihat masa depan atau pun visi buruk secara imbasan di fikirannya. Kuasa luar biasa itu digunakan dengan sebaiknya. Tiada siapa pun yang tahu cuma kejadian dia menyelamatkan sepupunya; Rahul menimbulkan banyak tanda tanya dalam kepala polis muda itu. Sedikit demi sedikit helaian sejarah Fattah dijejaki kerana dia tahu yang Fattah itu cuma anak angkat dalam keluarga pakciknya.

Malah kemuculan Fattah yang menyelamatkan Karina; gadis metropolitan dari Indonesia menyebabkan Rahul makin rasa sangsi. Fattah selalu ada di saat-saat genting. Karina pula diletakkan di bawah jagaan Rahul kerana kecelakaan terancang yang menyebabkan ayahnya terbunuh dan ibunya pula koma. Kiranya nyawa Karina kini dalam bahaya kerana giliran dia pula yang diburu.

Namun rupa-rupanya kejadian pembunuhan keluarga Fattah dan Kirana ada hubung kaitnya. Fattah dan Rahul masing-masing cuba menyiasat. Namun Fattah terlebih dulu memahaminya. Ironinya keluarga angkatnya pula yang ditawan dengan sebab yang hampir sama; kuasa luar biasanya perlu diserahkan kepada lelaki durjana itu.

Keseluruhannya novel ini berada di kelasnya tersendiri. Fakta dan fantasi yang diadun dengan baik. Cuma padaku penulis perlu lebih kreatif dalam menyampaikan fakta-fakta sainsnya. Ia akan menjadi lebih menarik kalau ia disampaikan dalam bentuk bahasa yang lebih mudah. Tidak perlu terlalu formal yang menyebabkan aku sebagai pembaca sedikit bosan untuk menelan setiap info sains itu.

Diingatkan yang novel ini bukan ceritera penuh cinta. Jadi kalau kamu dah terbiasa dengan cinta, rasanya ini bukanlah pilihan kerana cinta yang diselitkan hanya sedikit cuma sekadar penyeri sahaja bukan intipati keseluruhan cerita. Yang pastinya kalau kamu mahukan kelainan eloklah susuri novel ini kerana ia memang ada bezanya dengan lambakan novel-novel di pasaran.

Fattah - Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu [page 452]

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Salam Airina,

    Sblm tu thx sudi mbeli & baca YFCS. Ttg komennya saya akui ada bbrp kelemahan & gaya bahasa yg perlu diperbaiki. Percubaan pertama dlm genre ini. Tanpa komen demikian tak mungkin saya boleh perbaikikan :D. Apapun Thx sudi sudah mbacanya.
    Jom jadi follower saya.
    Dapatkan novel kisah cinta islamik saya terbaru nanti 26/6 KU SERU NUR KASIH. Teguran yg membina sy terima dengan senang hati demi memperbaiki mutu bahasa saya.
    Sudi2lah jenguk ke Penulisan2u.com ada disiarkan enovel saya yg bakal dinovelkan juga berjudul KEMILAU KARYA KASIH
    TQ byk.. :D

    BalasPadam
  2. Salam Noorfadzillah,
    Terima kasih kerana datang menjengah blog yang biasa-biasa ni.
    Rasa terharu juga bila ada sang penulis sudi menjejaki blog saya :)

    Sama-sama kasih juga kerana mencoretkan sesuatu yang manis dalam YFCS.
    Tahniah tuk novel terbaru.
    Akan masukkan novel anda dalam list! Teruskan menulis ya :)

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))