Aktviti Membaca!

Khamis, 13 Mei 2010

Samudera Indah Nian


JUDUL: SAMUDERA INDAH NIAN
PENULIS: MAZNI DARWISYA
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

SIN amat menyenangkan aku. Menerokai dunia perkapalan memang sudah sebati dengan dunia pekerjaanku juga. Jadi, istilah-istilah yang diguna pakai memang senang sekali dihadam. Mengisahkan Yasmin Nur Raihan [Yasmin] dan juga Leftenan Komander Amru Iskandar [Amru] yang dipertemukan jodoh oleh kedua-dua keluarganya. Masing-masing akur dengan permintaan keluarga. Apatah lagi ketika itu, mereka tidak punya sebab yang kukuh untuk menolak.

Impian Yasmin supaya perkahwinannya bahagia selalu, mengharapkan Amru pendampingnya dunia dan akhirat. Walaupun tanpa cinta, tak pernah bersua muka namun dia yakin cinta dan kasih sayang boleh dipupuk dan dibaja. Sayangnya itu bukanlah apa yang difikirkan Amru. Dia yang bagaikan terpaksa menerima menjadi suami Yasmin meletakkan syarat. Kasihan Yasmin, syarat dah lah diberi pada malam pertama.

Yasmin hanya akur dengan syarat-syarat yang dikemukakan. Biarpun diberi kebebasan, Yasmin tidak pernah melampaui batas. Status isteri dijaga dengan penuh tertib. Padanya selagi masa mengizinkan, dia berazam untuk terus menjadi isteri yang sebaik-baiknya. Amru masih lagi seorang suami yang harus dihormati.

Keadaan mula berubah apabila Yasmin ke Lumut untuk menghabiskan cutinya bersama Amru. Sikap Yasmin yang mesra dan ramah menarik hati kecil Amru. Apatah lagi selama dua minggu Yasmin di rumahnya, tugas dan tanggungjawab sebagai isteri tak pernah diabaikan. Amru bahagia dilayan seperti itu. Tanpa disedari sudah ada rasa yang bertunas. Hati Amru tidak dapat menidakkan kehadiran Yasmin. Ketiadaan Yasmin yang outstation ke Jepun buat Amru penasaran.

Tak siapa menyangka tragedi menimpa Amru menyebabkan Yasmin makin menjauh. Kehadiran Leftenan Maya Athira [Maya] di antara mereka membuatkan Yasmin hilang kepercayaan kepada suaminya. Amru cuba meleraikan kekusutan yang melanda rumah tangganya malah sudah bertekad untuk menyatakan rasa hatinya pada Yasmin. Cuma hati Yasmin sukar melupakan tragedi yang terjadi. Masakan boleh lupa bila si suami yang disayangi ditangkap basah dengan perempuan lain di rumah mereka sendiri?

Jalan cerita disampaikan dengan mudah, tidak berbelit-belit. Cuma aku tidak puas hati dengan satu perkara. Aku ingin tahu apa yang jadi pada Maya itu? Watak Maya tidak ditamatkan dengan baik. Ia dibiarkan tergantung begitu saja.

Cinta itu adalah 'cinta' apabila kita melafazkannya [page 1]

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))