Aktviti Membaca!

Khamis, 6 Mei 2010

Hot N Cold


JUDUL: HOT N COLD
PENULIS: ZARITH
TERBITAN:
http://zarithnatasha.blogspot.com/


~ Rasaku… ~

Aku perasan kewujudan cerita ni dari Zatie's Link. Teringin cari e-novel yang best dan yang senang dihadam. Jadi terjumpa la cerita anak-anak sekolah yang comel ni sebab nama judulnya yang agak catchy. Seronok juga baca walaupun memang jenuh [hampir semput sebenarnya] la juga aku nak cecah episod last. Ada la beberapa hari duk menghadap komputer hik3 lalala5 ;P

Permulaan cerita dihiasi dengan kisah Putri Aryana Danila [Aryana] yang berebutkan buku Kimia dengan Carl Ezairy [Carl]. Ganas sungguh Aryana, boleh selamba je mencekik kolar kemeja Carl hahaha Kan dah tak pasal-pasal kena denda dengan PK HEM. Jadi dari saat itu, mereka dah memang tak sebulu. Ada saja kes-kes yang buat Aryana berang. Carl ni pun antara yang heartless, cold semacam je.

Namun ada satu kisah mereka jadi ala kamceng, walaupun tak serapat mana tapi mesti terkejut kan bila dengan berita mereka berdua ni couple? Ha, nak tau bagaimana mereka boleh jadi pasangan tu kena baca cerita ni. But somehow the hot and cold cannot be together. Dengan satu tragedi semuanya berakhir. Aryana pula kecewa sebab dalam hati dia memang macam dah rasa suka dengan mamat bajet cool tu. Oh, ya! Kisah mereka di alam sekolah ni panjang sangat. Hampir ¾ daripada ceritanya berkisar tentang kisah budak sekolah.

Kisah mereka menginjak dewasa hanya bermula di episod ke 48. Aryana dibawa oleh ibunya ke rumah teman rapat ibunya dan dia dikenalkan dengan Ikhwan. Hasrat kedua-dua ibu itu tak kesampaian sebab dua-dua anak mereka lebih senang berkawan. Tetapi mana la tau kan Ikhwan ni rupanya sepupu pada Carl. Elak punya elak, Aryana bertemu juga dengan Mr. Cold.

Pertemuan kali kedua mengundang pelbagai rasa. Dalam benci ada rasa suka yang terselit. Namun luka yang ditinggalkan oleh Carl terlalu sukar untuk dilupakan. Jadi, apa yang berlaku bila Aryana dipinang oleh Carl? Kena baca sendiri untuk tahu kesudahannya.

Cerita anak sekolah ni disampaikan dengan teratur, kemas susunan plotnya walaupun ada ketikanya aku rasakan sedikit meleret. Namun sebagai permulaan bagi seorang penulis baru, ia adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Selamat berkaya :))

Ps: Actually ‘Thalia Taliban’ seems nice name hahaha ;P

Happy reading (^-<)

11 ulasan:

  1. mmg baca novel nie.. :) duuhh..best sgt2..tak mau miss pun..hehhee

    BalasPadam
  2. yup..cita kak zarith mmg best...
    Kira dah bca dah..
    ^_^

    BalasPadam
  3. agen_sesat,
    Bagusnya pembaca setia ni :))
    Bertuah penulisnya ada peminat setia

    Miss Kira,
    Iya..cerita anak sekolah yang best :D

    BalasPadam
  4. sory baru perasan.. and thanks utk review yg sweet ni.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zarith.. boleh invite sy ke blog saudari yg dah di private kan tu? Teringin nak baca balik your stories..

      Padam
  5. zarith,
    No prob sis. Thanks coz dropping by ;))

    BalasPadam
  6. dear zarith,

    dulu sy dah pernah baca cerita ni. sangat2 best. dan sekarang sy nak baca lg skali. tp x boleh bukan u punye blog.. please2... sy peminat tegar your blog sejak dari zaman belajar dulu.

    BalasPadam
  7. sipowerpuffgurls,
    Adik tak try email Zarith? Kot boleh jadi reader-nya semula.

    BalasPadam
  8. tzaraz,
    Harapnya Zarith baca komen-komen di sini :)

    BalasPadam
  9. Dah lama tak jenguk blogs. Tetiba teringat cerita-cerita yang kerap baca dulu zaman sekolah. Suka sangat Hot N Cold ni. Sedihnya bila dapat tau tak boleh baca dah.. Pernah jugak cari kalau² dah terbit sebagai novel tapi tak jumpa..

    BalasPadam
  10. Tyrah,
    Setahu saya takde lagi diterbitkan di mana-mana tapi tak tahulah sekarang sebab blognya pun dah tak dapat jengah, kan?

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))