Aktviti Membaca!

Jumaat, 21 Mei 2010

Cinta Datang Lagi


JUDUL: CINTA DATANG LAGI
PENULIS: BIKASH NUR IDRIS
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

CDL membawa cinta kali kedua. Mungkinkah kita selalunya dipertemukan dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat? Itu yang cuba dirungkai dalam kisah ini.

Nur Raisya [Raisya] benar-benar terluka bila cintanya tak kesampaian. Lelaki yang dipuja; Jaspal kini bertunang dengan orang lain dan akan berkahwin dengan pilihan keluarganya itu. Keadaan yang sama berlaku pada Fariz Daniel [Fariz]. Bertahun menyulam kasih dengan Shereen namun takdir memisahkan mereka. Dan anehnya Raisya dan Fariz bertemu di majlis perkahwinan bekas kekasih masing-masing dalam majlis yang sama. Pertemuan yang akhirnya menyatukan hati yang menderita ini menjadi akrab.

Kemudiannya Fariz mula meletakkan harapan. Cuba menggapai cinta Raisya dan meyakinkannya cinta itu boleh datang lagi. Tetapi itu cuba dielakkan, Raisya tidak percaya lagi pada cinta. Dia tak mahu dikecewakan lagi. Fariz jadi lelaki yang tidak tahu malu, masih tak jemu memujuk Raisya. Pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian Raisya.

Kesungguhan Fariz sedikit sebanyak berjaya mencuit hati Raisya. Hatinya terkesan juga dengan keikhlasan yang ditunjukkan Fariz. Perlahan-lahan dia membuka pintu hatinya. Tetapi di saat itu terbukalah semua rahsia. Fariz mempergunakannya hanya kerana ingin memiliki Shereen semula dan dia merancangkan agar Raisya pula akan mendapatkan Jaspal kembali.

Pedihnya hati bila itu semua dibongkar. Kesakitan hatinya lebih-lebih lagi daripada kecewanya bersama Jaspal. Difikirkannya yang Fariz itu jujur dan ikhlas namun siapa sangka kemanisan itu rupanya palsu semata-mata. Fariz pula mula menyedari akan hakikat yang sebenarnya bila Raisya makin menjauh. Rancangan untuk menyatukan empat hati tak menjadi sebaliknya hatinya pula menginginkan si manis Raisya. Cara apa yang harus dilakukan untuk memenangi hati gadis yang dikecewakan itu? Raisya, mahukah memaafi dan memberi peluang kepada Fariz sekali lagi?

Tulisan BKI seperti biasa penuh humor. Tetapi rasanya ada bahagiannya perlu diberi perhatian kerana rasanya beberapa plot dalam cerita ini tak berapa sesuai untuk bacaan remaja. Sedikit kacau bila Fariz itu menjadi terlalu gatal ya amat!

Ps: Beli online di sini :))

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))