Aktviti Membaca!

Jumaat, 12 Mac 2010

Hati Yang Luka


JUDUL: HATI YANG LUKA
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: NHF MEDIA



~ Rasaku… ~

Membaca HYL tak mengambil masa yang lama, walaupun ketebalannya juga buat tangan lenguh nak memegangnya hehehe Mungkin kerana dah memang suka dengan NB jadi tak terasa la lenguh-lenguh tu ;D

Cerita tentang Widad dan Raof. Hubungan mereka bermula dengan keluarga Widad yang bekerja dengan keluarga Raof. Apabila meningkat dewasa, keluarga Raof yang memang sukakan Widad masuk meminang. Maka jadilah mereka tunangan dalam usia yang aku kira muda juga lah.

Raof ni memang ada sikit perasaan pada Widad tu. Yalah, Widad yang cantik, yang manis dan yang amat berbudi bahasa tu memang menarik hati sesiapa saja. Namun, dek kerana malu dengan status Widad yang hanyalah anak orang gaji di rumahnya itu buat dia mula menolak kehadiran Widad. Pentingkan status la kononnya! Widad yang mengerti membawa diri dan pertunangan mereka juga diputuskan. Widad ingin membuktikan yang anak orang gaji pun juga boleh berjaya.

Kepulangan Widad ke tanah air bertepatan di saat Raof memerlukannya. Itu semua gara-gara Raof yang memutuskan hubungan dengan kekasihnya. Dia dituduh mengasari bekas kekasihnya dan diheret ke mahkamah. Raof yang ketika itu tiada jalan lain memohon bantuan Widad. Raof memerlukan Widad menjadi isterinya kerana mengikut saranan peguamnya, dia memerlukan alibi yang menunjukkan dia lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang bukannya seorang yang kejam seperti yang didakwa.

Widad yang tersepit dengan kehendak keluarga bekas majikan ayahnya tiada jalan lain. Mereka berdua berkompromi dan perkahwinan dilangsungkan dengan kadar segera. Sepanjang perkahwinan, Raof ni pelik orangnya. Suka perli-perli, menyakitkan hati Widad dengan kata-katanya tetapi dalam masa yang sama tetap melayan Widad dengan baik. Baik hati sangat lah Widad ni, kalau aku lah memang tak tunggu Raof tu.

Aku memang geram dengan si Raof tu. Gaya tulisan NB memang buat aku rasa nak ketuk-ketuk je kepala batu Raof tu! Ego sangat! Erk, napa aku pula yang emosional sangat ni? ;P

Letakkan cintaku dalam hatimu. Hanya dengan itu dapat kau selam luka hatiku yang kian parah [Blurb novel]

Ps: Aku beli secara online, tapi tak ingat di mana hik3 lalala5 ;P

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))