Aktviti Membaca!

Jumaat, 19 Mac 2010

Gurindam Jiwa


JUDUL: GURINDAM JIWA
PENULIS: HLOVATE, IMAEN & NOOR SURAYA
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

Ceriteria I - Schubert’s Serenade [Hlovate]

Schubert's Serenade...
lagunya penuh dengan kenangan
Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.

Ingatan untuk mereka yang pernah hadir dalam hidup saya
Ingatan untuk mereka yang pernah bersama melalui 'waktu itu' bersama saya
Ingatan untuk lagu-lagu yang pernah bertanda dalam hidup saya
Ingatan untuk hari-hari yang pernah menjadi sebahagian dari hidup saya

Mungkin lagunya sedih
Mungkin ceritanya pun sedih
Namun kenangan yang bertanda dalam diri saya, yang datang bersama lagu ini... tiada sejarah dan air mata

There could be beauty in tragedy, anyway. [Blurb novel]

Berkisar tentang Ju’a yang bagaikan 'terpaksa' menerima kehadiran Shah dalam keluarganya setelah ibunya berkahwin dengan Uncle Zainal. Bukan sebab tak suka dengan perkahwinan itu cuma dia rasa janggal, kurang menggemari tingkah anak ayah tirinya itu.

Namun seiring waktu yang berlalu, Ju’a makin menyenangi kehadiran Shah kerana mereka punya minat yang sama iaitu muzik. Kalau Ju’a bermain violin, Shah pula mahir bermain piano. Jadi kerana cinta yang sama itulah yang buat hubungan mereka makin rapat. Malah Ju’a mula menyayangi Shah sebagai abangnya. Sayangnya saat-saat bahagia itu hinggap sebentar cuma. Ketika mereka menanti kehadiran baby baru dalam keluarga, Shah pula yang dijemput Ilahi. Pemergian abang yang amat disayanginya itu turut membawa ke semua kebahagiaan Ju’a. Sukar untuk menerimanya namun dia akur. Takdir Tuhan itu lebih berkuasa.

Cerpen yang paling menarik hasil garapan Hlovate. Aku suka dengan jalan ceritanya. Mudah dan seperti biasa disampaikan dengan cukup santai. Aku belajar mengenali dunia muzik yang disisipkan. Walaupun ada masanya aku terkial-kial untuk memahami muzik apa yang dialunkan ;D

Ps: Semasa membaca novel ni aku mula membayangkan lagunya! Payah! Jadi terpaksa mencari lagu ini di Youtube ;D


Ceritera II – Vendetta [Imaen]

Dengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya.

"Bukan bermakna aku sudah tidak menyayangimu lagi, sampai mati sayang, sampai mati! Aku tanam kerana aku ingin bersemadi di sebelahmu. Sedangkan apa yang bakal berlaku hari ini, aku sudah tidak pasti apakah nisanku nanti akan menjadi teman nisanmu... hari ini adalah titik tanpa pulang lagi. Vendetta!" [Blurb novel]

Pada mulanya aku tak berkenan sangat nak baca kisah ni tetapi bila dah baca bab pertama tak boleh nak berhenti! Kisah cinta thriller ni memang mengikat hati. Bercerita tentang D yang menjadi pemburu. Memburu sesiapa saja yang terlibat dalam satu kes rompakan sebuah kedai emas yang turut meragut nyawa isterinya, Lia. Dasyat sungguh penangan cinta Lia pada D.

Jalan ceritanya memang mudah dihadam. Banyak juga yang aku dapat kutip daripadanya. Cuma aku sangat-sangat berharap yang D tak terus membunuh. Dendam tak akan bawa kita ke mana. Boleh juga aku bayangkan, kalau lah betul-betul terjadi kat Negara kita macam ni... pastinya tak senang duduk pihak polis kita hehehe

Ps: Sewaktu membaca cerita ni fikiran tak dapat lari daripada cerita V for Vendetta dan ada masanya teringat kisah 6 Jahanam hik3 lalala5 ;P


Ceritera III – Hati Andriyana [Noor Suraya]

Hati Andriyana adalah sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seribu rahsia, 'dia yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya & Manjalara.

Dalam Gurindam Jiwa ini
Manjalara beritakan tentang rasa hatinya
Lalu Fitri Hadi akan mewarnakan citra pertama 'dia' di hatinya
Walau apapun ceriteranya, di pena Noor Suraya
Ku Fitri masih seorang 'Qais' untuk lailanya dan Raden Andriyana... masih seorang puteri. [Blurb novel]

Pada mereka yang membaca Tanah Andriyana [TA] seharusnya membaca cerpen ini pula. Kesinambungan kisah HA adalah pelengkap pada TA. Mengimbas kembali kisah cinta 4 keturunan yang saling bersangkut-paut dalam dua keluarga ini. Bermula dengan Andriyana & Ku Fitri, Manjalara & Joshua, Ali Hakeem & Maryam dan terakhir pastinya Aliya & Hadi.

Persengketaan antara dua keluarga ini bagaikan tiada akhirnya. Dan pertemuan Aliya dan Hadi pula telah menyebabkan sejarah lama diungkit semula. Saling menyukai antara satu sama lain tetapi Aliya cukup berhati-hati. Dia tak mahu perkara lama berdarah kembali.

Aliya dan Hadi berusaha membongkar kisah di sebalik permusuhan dua keluarga bersaudara ini. Salasilah keluarga dijejaki dan pastinya harapan mereka untuk melihat keluarga ini bersatu semula. Lagipun, bolehlah nanti Hadi masuk meminang Aliya hik3 lalala5 ;P

Ps: Aku pernah baca TA. Sekarang masa untuk memilikinya semula ;D

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum.. sis.. nak tanya ada tak jual novel gurindam jiwa.. dah lama cari tapi takde pun yg jual..hurmm btw saya aziera

    BalasPadam
  2. zeera_misran
    Waalaikumussalam dik. Boleh beli direct kat website Jemari Seni :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))