Aktviti Membaca!

Khamis, 11 Mac 2010

Hanya Dia Tahu


JUDUL: HANYA DIA TAHU
PENULIS: ALEYA ANEESA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Aku cukup senang dengan HDT yang bertitik-tolak daripada hubungan persahabatan dan kekeluargaan. Kisah persahabatan antara Nasuhah dan Ariana mungkin ada di mana-mana saja cuma harapnya tak setragik kisah mereka ni.

Nasuhah berkenalan dengan Ariana; gadis yang pada mulanya sedikit liar tetapi berubah bila mula bersahabat dengan Nasuhah. Hubungan mereka terlalu rapat bagaikan adik-beradik. Baik keluarga Ariana mahupun Nasuhah amat menyenangi kedua-duanya.

Ariana melihat Nasuhah sebagai gadis yang cukup sempurna, terlalu menyanjungi teman baiknya itu. Dalam diam dia berhasrat untuk menjodohkan abangnya, Zaen Luthfi [Zaen] dengan Nasuhah. Puas dia menjual nama 'Nasuhah' pada abangnya sehinggakan abang kesayangannya rasa muak. Zaen yang tak berkenan dengan cara adiknya itu pula bertindak dengan menelefon Nasuhah. Kasar benar bahasa Zaen tu sehinggakan melukakan hati Nasuhah. Macam lah Nasuhah nak sangat dengan dia! Perasan betul si Zaen tu!

Namun tanpa di duga semasa Zaen bertemu dengan Nasuhah, dia sudah angau! Wajah Nasuhah yang sungguh cantik itu tak dapat dilupakan dan dia berazam untuk memiliki Nasuhah. Zaen tak teringat langsung yang gadis yang dia angaukan itu adalah Nasuhah yang pernah dia reject dulu. Jadi, dah tentulah Nasuhah selalu mengelak daripada Zaen. Orang dah tak nak kan, tak nak terhegeh-hegeh lagi? Kalau aku pun yang jadi Nasuhah mesti lari jauh daripada Zaen tu. Cara nak pikat anak dara orang macam apa je. Menakutkan sungguh!

Kemunculan Rezuan, rakan satu universiti bagaikan satu mala petaka. Hasrat Rezuan yang inginkan Nasuhah tu aku tak kisah sangat cuma caranya tak kena. Dia mempergunakan Ariana untuk mendekati Nasuhah. Zaen pula dapat tahu lagilah dia mengamuk. Apatah lagi kedua-duanya insan yang paling disayanginya.

Nasuhah pula yang rimas dengan Zaen bertindak menerima lamaran Rezuan tanpa mengetahui yang Ariana sebenarnya mencintai Rezuan. Haru sungguh bila Ariana membawa diri. Lagi haru bila Nasuhah tahu akan kebenarannya. Dia menarik diri di saat-saat akhir pernikahannya. Padan muka Rezuan! Dua-dua melepas! Cuma kelakar pula tengok gaya Zaen di akhir-akhir cerita. Dia macam baik sikit lah bila bertemu dengan Nasuhah sebab dia ingatkan Nasuhah memang dah jadi isteri orang. Ending? Itu kena baca sendiri hik3 lalala5 ;P

Ini adalah novel kedua penulis yang ada dalam simpanan aku. Jadi bila aku bandingkan dengan novel pertamanya aku cukup puas hati sebab terlalu banyak peningkatan. Malah ia berjaya membuatkan aku mula berkeinginan untuk mengumpul kesemua novel penulis. So, the hunting starts now! ;D

Ps: Thanks again to Sis Yayah & Bro Riq :D

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))