Aktviti Membaca!

Khamis, 11 Mac 2010

Teluki Itu Untuk Aku


JUDUL: TELUKI ITU UNTUK AKU
PENULIS: NAZAWATI
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

TIUA adalah karya pertama Nazawati yang aku baca. Kisah ini ada cerita yang sedih! Cerita tentang tiga orang sahabat iaitu Seri Kurnia [Seri], Firdaus Ikram [Firdaus] dan Tajul Ajmal [Ajmal] yang akhirnya terpisah kerana satu peristiwa aib yang amat memilukan membabitkan keluarga masing-masing. Peristiwa yang tak disangkakan itu memusnahkan hubungan Seri dan Firdaus. Seri pergi membawa diri setelah dirinya dihujani dengan pelbagai tohmahan. Pedih untuk menerimanya andai itu semua keluar daripada temannya sendiri; Firdaus.

Kepulangan Seri ke tanah air setelah 10 tahun disambut dengan penuh syukur oleh Ajmal. Hanya dia sahaja yang masih setia menjadi temannya. Menjadi salah seorang arkitek di Juta Bumi rupanya membuatkan luka lama berdarah kembali. Tanpa disedari Firdaus juga berada di situ. Bergandingan dengan Firdaus bukannya mudah apatah lagi hati Firdaus masih menyimpan dendam, penuh dengan amarah.

Insiden yang tak dapat dielakkan berlaku ketika mereka berdua outstation ke Kelantan. Atas saranan Tan Sri Kamarul, mereka berdua akur untuk berkahwin dan ini pastinya membuatkan Firdaus makin membenci Seri. Menggunakan title sebagai suami, Firdaus menggunakan pelbagai cara untuk membalas dendam. Namun hati kecil Firdaus tidak dapat mengelak daripada Seri. Gadis yang amat dibencinya itu adalah isteri sahnya kini. Malah sebelum peristiwa hitam yang berlaku mereka adalah pasangan sahabat yang paling serasi. Jadi bagaimana mahu mengelak daripada jatuh cinta pada insan secantik Seri Kurnia?

Niat suci Ajmal yang mahukan hubungan tiga serangkai ini kembali jernih seperti dahulu akan berjayakah? Baik Seri mahupun Firdaus, mampukah rasa sayang yang mula bertunas itu memadamkan api kebencian di hati masing-masing?

Membaca blurb novel buat aku terpaut, sukar sekali untuk melepaskan novel ini setelah mula membaca bab yang pertama. Cerita yang juga tanpa aku sedari buat air mata ini mengalir. [Ia benar, dan aku tak tahu mengapa aku jadi si cengeng dengan tiba-tiba!]. Hati kecilku terusik bila membaca peristiwa hitam yang diselitkan dalam cerita ini. Itu lebih menyedihkan daripada kes heronya ditikam! Cuma di penghujung jalan cerita itu aku tak berapa gemari. Sahabat sebaik Ajmal tiba-tiba 'dimatikan' dengan cara yang 'sebegitu'. Kasihannya! Aku juga keliru apa gunanya kehadiran Murad yang berkelakuan pelik sepanjang cerita ini. Ia buat aku tertanya-tanya siapa sebenarnya Murad itu?

Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi?
Percik air lembutlah ia...!
Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga?
Sentuh dasarnya, lunaklah ia...!
Benarkah begitu...? [Blurb novel]

Ps: Thanks to Sis Yayah & Bro Riq for the lovely surprise!

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))