Aktviti Membaca!

Rabu, 27 Januari 2010

Lili Buat Najah


JUDUL: LILI BUAT NAJAH
PENULIS: NAZURAH AISHAH
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

Mari bercerita tentang kisah sedih! Novel ni memang ada ending yang tak best [aku gelar begitu kerana memang sad ending (-.-)] Namun, keseluruhan ceritanya memang best. Aku suka dengan watak-watak yang ada - Najah & Tasha. Pasangan ni sudah pun bernikah di UK tanpa pengetahuan keluarga Najah, Tan Sri Hanafi. Sekembalinya mereka ke tanah air, hubungan suami isteri perlu dirahsiakan. Maka terpaksalah mereka berdua saling berlakon.

Najah kemudiannya mula bekerja dengan ayahnya. Diam-diam dia selalu mencuri masa berjumpa isterinya. Tak lama, giliran Tasya pula yang dapat kerja. Sama bumbung pula tu dengan Najah, berbeza bahagian je. Jadi bermulalah episod cinta rahsia mereka di pejabat. Kewujudan Farah; bakal menantu pilihan ibu Najah buat Tasya menjeruk rasa. Bukan senang nak dapatkan perhatian ibu mentuanya sendiri. Apatah lagi ketika Najah menjelaskan kedudukan sebenar pada keluarganya, ibunya membantah. Malah turut menghalau Najah keluar dari rumah. Lebih tragik, Najah akan dianggap anak derhaka jika tidak mengahwini Farah.

Tasya tertekan dan perkara itu terbawa-bawa hingga dia keguguran anak pertama mereka. Kasihannya! Mujur saja keluarga Tasya memahami. Hubungan Tasya dengan keluarga mentua juga baik cuma yang bab ibu mentua tu je la. Pelik juga macam mana la ibu Najah tu suka sangat dengan Farah yang tergedik-gedik tu :P Hubungan Tasya dan ibu mentuanya hanya ngam semasa kajadian ragut. Kebetulan Tasya yang berada di situ telah bergelut untuk menyelamatkan mamanya. Dia langsung tak memikirkan kandungannya ketika itu dan ia berjaya menginsafkan ibu mentuanya.

Namun kisah suami isteri romantis ini tak habis di sini. Walaupun dengan kelahiran si kembar Naufal dan Najwa membawa seribu satu kebahagiaan, tetapi hakikatnya ia tetap ada pengakhiran yang sedih. Apakah itu? Bacalah sendiri hik3 lalala5 :P

Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan, kerana perasaan itu tidak pernah ada bau dan warna; lalu sukarnya untuk orang lain memahami, apatah lagi merasai [Blurb novel]

Ps: Tengok cover dan tajuk buat aku fikir Najah itu perempuan tapi lelaki rupanya hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

6 ulasan:

  1. FafA aDmieRah pUnye BloG,
    Ya, Najah dak takde huhu5
    Pastinya dah baca kan cerita ni?

    BalasPadam
  2. lady irhaz:teresak2 baca ending..cam say lak yang jadi tasha...
    very good writing..

    BalasPadam
  3. lady irhaz,
    Biasalah kalau dah teresak-esak tu. Tulisan Nazurah ni memang selalunya menyentuh hati & perasaan :)

    BalasPadam
  4. Najah?? Heheh..ble ptame kali dgr tajuk ni,dpt feel yg cite ni best sgt2... sbb ape??nme sye pon najah...tpi najah dlm cite ni laki....sye pompuan...hehehe..tpi yg sad nye....smpi skunk x dpt novel ni....sob,sob,sob........

    BalasPadam
  5. aQ_NuNa,
    Oh! Boleh beli di online JS je dik. Senang dan cepat. Tunggu je abang posmen di rumah, tak payah keluar cari ;D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))