Aktviti Membaca!

Rabu, 27 Januari 2010

Baju Pengantin Mak Andam


JUDUL: BAJU PENGANTIN MAK ANDAM
PENULIS: AREILA SAHIMI
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE



~ Rasaku… ~

Mengenali karya penulis di penulisan2u sebelum aku beralih ke laman blog penulis yang mulanya berwarna coklat sebelum bersalin baju warna hitam ;D Tak silap sekitar tahun 2008, aku kenal Areila Sahimi atau nama pena di blognya - akubintangbiasa. Actually aku je yang kenal, tapi Cik Penulis ni tak pernah kenal aku pun hik3 lalala5

BPMA cerita santai yang penuh humor. Tiada konflik yang buat rasa nak campak buku ke, marah dekat watak jahat ke! Senang cerita ia cerita yang akan buat anda tersenyum sorang-sorang dengan perjalanan cerita yang mudah dan penggunaan bahasa pertuturan kita seharian [walaupun menggunakan loghat Perak, rasanya mudah faham]. Cerita ni sesuai sangat untuk kamu yang mahukan hiburan dan melepaskan stres di kepala. Ia cerita yang bersahaja walaupun ada masanya aku rasa sedikit meleret. Namun sebagai karya pertama aku rasa ia tidaklah mengecewakan ;D

Aleeya – gadis yang memang selamba habis! Bekerja sebagai P.A di Putrajaya namun ada masanya tenaganya juga dikerah untuk membantu Kak Ana sebagai mak andam. Kesnya sering terjadi bila dia balik kampung – Ipoh mali ni! Dia diminta menjadi mak andam 'terjun' di majlis perkahwinan Harlina. Mahu tak mahu, Aleeya menurut. Ketika dia 'sesat' ke rumah pengantin, dia bertemu dengan mamat bajet hensem; Zain ;P Ingatkan kes itu tamat di situ namun siapa sangka dia terjumpa balik dengan Zain di majlis Harlina.

Paling lawak pastinya di saat dia 'dipinjam' oleh Zain; si pengapit lelaki untuk membetulkan sampinnya. Terbayang pula sesi cucuk pin tu! Kerek benor Che Aleeya ni ya? hahaha ;P Walaupun kasar bahasa atau cara Aleeya itu tidak pernah buat Zain menjauh. Niat hati Zain untuk berkenalan dan rapat dengan Aleeya tetap diteruskan. Pelbagai cara dan usaha yang dilakukan namun semuanya ditolak baik oleh Aleeya. Akibat putus cinta dengan Cikgu Azizul buat Aleeya serik untuk menerima cinta Zain. Akhirnya mereka kekal sebagai kawan atau lebih tepat teman tapi mesra hik3 lalala5

Namun cara Zain sedikit sebanyak mampu membuai hati perempuan Aleeya. Dalam diam hati sudah terpaut tapi kes Cikgu Azizul yang muncul tiba-tiba buat Zain salah faham. Pergaduhan tercetus dan si Zain yang terlalu menurutkan hati lukanya pergi membawa diri. Dan-dan je Zain yang selalu cool tu boleh terlampau sensitif sampai penjelasan dari Aleeya pun tak mahu dengar.

[Blurb novel]
Zain - Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap teristimewa

Aleeya - Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku, seselamba mana pun aku Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba part nak luahkan isi hati

Ps: Perasan tak? Cover novel-novel KN sekarang ni makin comel dan menarik… kreatif sungguh perekanya hik3 lalala5 ;D

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))