Aktviti Membaca!

Isnin, 31 Ogos 2009

Panggil Aku Dahlia


JUDUL: PANGGIL AKU DAHLIA
PENULIS: NOOR SURAYA
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING


~ Rasaku… ~

Ngee~ Inilah novel pertama Kak Su yang ada dalam koleksi aku. Yang sebelum ni aku cuma mampu pinjam je kat library. Sebabnya tulisan Kak Su kebanyakannya terbitan Creative, dan aku waktu dulu-dulu tak mampu nak beli hik3 lalala5

Macam biasa Kak Su penuh dengan humor. Ayatnya cukup simple, tak perlu nak berbelit-belit. Bunga-bunga bahasa pun rasanya mudah sangat nak difahami. Kisah ni tentang Dahlia, ha tepat sangat la dengan tajuknya ni. Apa lagi dengan covernya yang cukup menggambarkan bunga dahlia itu sendiri.
Putri Dahlia seorang arkeologist di bumi Kangaroo. Pulang ke Cameron Highlands kerana ayahnya. Membawa Dahlia kepada kisah silam yang amat menyayat hatinya, yang menjadi punca Dahlia lari dari tanah tehnya! Misteri yang dibawa mati oleh Lorrinda menjadi isu besar dalam hidup Dahlia. Apa lagi dengan permusuhan dua keluarga yang berpunca dari perusahaan teh kini menjadi dua - Syarikat Teh Sutra dan Syarikat Teh Timor.

Dahlia bertemu kembali dengan musuh ketatnya – Wadi Hannan; si budak lelaki yang nakal [jim-alif-ha-ta] hahaha… Dia paling suka mengacau Dahlia. Gurauannya menyebabkan gadis itu mendapat parut seumur hidup di bawah wajahnya. Di saat bertemu kembali dengan Dahlia, parut itu masih kekal di situ dan tika ini ada rasa yang menjalar. Dan buat pertama kalinya, Wadi telah jatuh cinta. Cinta pada si Dahlia yang biasa-biasa tu.

Dahlia kecewa kerana gagal menyelamatkan harta keluarganya. Wadi pula muncul dengan lamaran yang mengejutkan! Memang banyak perbuatan Wadi yang tak disangka-sangka hingga kata-kata "Wadi ni la" meniti di bibir Dahlia. Cerita ini tidak terasa kosong. Ada ilmu tentang sejarah arkeologi di Perak dan Pahang juga tak lupa jenis2 teh hik3 lalala5

Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. assalamualaikum...cite dia memang best...terhibur baca cite dia...

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam
    betul2
    cerita ni memang best

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))