Aktviti Membaca!

Selasa, 25 Ogos 2009

Kau Yang Istimewa


JUDUL: KAU YANG TERISTIMEWA
PENULIS: ALIFAH JUHAIDA
TERBITAN: BUKU PRIMA SDN BHD



~ Rasaku… ~

Cerita ini berkisar tentang perhubungan yang diatur oleh keluarga. Alahai, asyik2 cerita yang sama hahaha Tapi takpe, aku layan je cerita ni. Lagipun kisah ini banyak berlatarkan kapal. Kan ke aku suka dengan kapal? Lain je bunyinya hik3 lalala5

Ia tentang Sarah Darleena, gadis cantik yang keras kepala. Bila mengetahui yang dirinya akan dikahwinkan dengan Zarul, anak kepada rakan ayahnya. Dia memberontak. Mana mungkin perkahwinan itu akan terjadi tanpa rasa cinta? Zaman moden lah, family planning ni letak tepi!

Zarul pula lelaki yang cukup memahami. Walau tanpa rasa cinta, kerana keluarga dia turutkan. Niatnya nekad untuk mencuri hati si Sarah. Dan bila tiba saat perkahwinan mereka, Sarah menghilangkan diri!

Jauh membawa diri dia berjumpa dengan Riezman. Kawan kepada Fatin dan Shahril. Mereka semua bercuti menaiki kapal mewah. Ha yang ni aku suka hik3 lalala5 Cuma rasanya kalau diceritakan dengan lebih terperinci tentang setiap sudut kapal, ia akan menjadi lebih menarik.

Ada banyak kisah yang terjadi sewaktu pelayaran mereka. Apa yang pasti Sarah-Riezman bukanlah sebulu. Ada banyak pertengkaran antara mereka sehinggalah berlakunya tragedi penculikan Sarah. Dan juga cerita Sarah dan Riezman yang terdampar di sebuah pulau yang sunyi. Ha, apa yang terjadi selepas itu? Dan andai si Sarah benar-benar jatuh cinta dengan Riezman, di mana letaknya Zarul sebagai sang suami?

Ps: Star Cruise takde CCTV ke? Tak kan sewenang2nya kapal sebesar itu boleh dipecah masuk oleh 2 orang penculik amatur?

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))