Aktviti Membaca!

Khamis, 25 Oktober 2018

Love, Lila


Love, Lila
Rin Ahmad

ISBN: 97896708428
Penerbit: Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Januari 2018
Halaman: 386
Harga: RM24

~ Rasaku… ~

Jatuh cinta dengan stail RA.

Kudos Kakwan untuk hadiah ini sekaligus memperkenalkan RA kepadaku, sedangkan selama ini aku tak pernah terpengaruh dengan pembakaran terbuka daripada geng Bonets haha

Ps: Ini bukan review


Full review: 25/10/18



1. Alila. Suka dengan watak heroin beauty with brain sebegini. Bila baca tu takde lah rasa annnoying dengan perangai tak semenggah; yang asyik merajuk-cam-budak-budak-syak-wasangka-yang-bukan-bukan. Watak Alila dibangunkan sebagai wanita yang matang, dan itu buat aku rasa selesa.

2. Jude. Tak mudah rupanya menjadi seorang Juhaidi Johari. Kenapa? Aku akan biarkan kamu semua buat kesimpulan setelah membacanya, aci tak? Haha.

3. Ilmu baru -- aku suka bila penulis buat homework, yang mana kalau beliau tipu pun aku rela ditipu, gitewww haha. Tapi betul kan, sebagai pembaca; kau sendiri akan tahu samada penulis itu sekadar aci tangkap muat tentang sesuatu perkara atau memang she’s doing her research to educate her readers. Dan, untuk itu aku tabik usaha RA kerana beliau melakukannya dengan semaksima mungkin untuk naskhah yang agak nipis sebenarnya. Kredit juga untuk glosari di muka akhir.

4. Bukan kisah cinta berladung air mata. Terima kasih! Sebab aku betul-betul perlukan fresh air.

5. Page turner. Serius lama tak dapat rentak sebegini yang mana aku laju je selak halaman demi halaman sebab tak sabar nak tahu apa yang akan terjadi antara Lila-Jude ni.

6. Cara RA menulis mengingatkan aku kepada karya-karya Kak DZ, yang mana sangat pandai bermain dengan plot gohead-gostan sebegini. Tak ramai penulis wanita yang punya kemahiran sebegini sebenarnya, kerana kesilapan kecil akan buat ia kelihatan cacamarba.

Sebenarnya kan, susah pula Cherina nak team mana; Jude ke Rafael, sebab kedua-duanya pun suka, ehhh! Haha. Tapi, disebabkan ini kisah Lila dan Jude, jadi pilih #teamJude lah kan?

Ok, next novel by RA, siapa ada cadangan?

Ps: Muchas gracias babies, coz well-behaved while Ibu reading this! 😘

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))