Aktviti Membaca!

Rabu, 26 September 2018

Sehingga Kita Bertemu Lagi


Sehingga Kita Bertemu Lagi
Rose Harissa

ISBN: 9789672137283
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Tarikh Terbit: April 2018
Halaman: 281
Harga: RM26

~ Rasaku… ~

Serius, kalau Hajar kata dia nak bagi Aariz-Amanda tu dimakan buaya. Aku pula rasa nak je tanam dua-dua makhluk ni terus. Biar tak menyusahkan orang.

Ehhh! Emo terlebih pula haha :P


Full review: 3/05/2018

Buku pertama hasil tuaian di PBAKL yang berjaya dihabiskan. Tahniah buat diri sendiri haha. Tak sangka sungguh. Tapi mungkin kerana bukunya lebih nipis. Ditambah pula dengan signature mahal daripada Kak RH, dan godaan / ‘pembakaran terbuka’ yang dibuat oleh kawan-kawan ahakss :P

Masa mula baca dah rasa macam dejavu tapi teruskan jua. Dah sampai tengah cerita barulah join geng bonet meroyan. Oh, betullah! Rupanya kisah ini seperti kisah yang pernah viral baru-baru ini. Mungkin secara kebetulan agaknya.

Maylea. Nama unik tapi kisahnya tragis. Sudah sehabis daya menjadi sang isteri yang setia, diduakan pula. Kasihan! Sudahlah sebatang kara, suami pula tinggalkan dia begitu saja. Pesanan buat sang isteri; kena sentiasa bersedia. Andai jodoh tak panjang kita perlu segera bangkit. Please, move on and enjoy your life! Tapi ya, aku faham. Maylea ni wataknya naif sangat. Dia pun terlalu percaya dan bergantung harap pada suaminya. Bukan dia tak bisa bangkit cuma ada rasa yang terbuku pada sang bekas suami dan si madu, sebab tu yang bila ternampak je mereka berdua, dia jadi lemah.

Nasiblah ada Rex Zulkarnaen. Rex sang pelakon popular Malaya yang tak diendahkan oleh Maylea haha. Tu yang Rex ni penasaran bila si Maylea boleh buat tak kenal dia, rupanya memang Maylea ni tak pernah ambil tahu pasal artis Malaysia. Dan ‘melihat’ Rex, aku jadi kasihan pula. Begini agaknya real life sang artis – seperti kau hidup semata-mata untuk orang lain tersenyum gembira. Apa pun aku suka hubungan Rex dan mama Orkednya. Walaupun tak banyak scene, Orked ada impak yang lebih kuat daripada si Adeeva tu. Oh, pleaseee! Kenapa aku jumpa banyak watak annoying dalam cerita ni *pheww*

Amanda. Watak ini untuk kita para wanita beringat. Tolong… tolonglah sedar diri kerana malu itu dianggap fitrah yang hidup dalam diri setiap wanita. Dan, rasa manisnya seorang wanita, kerana salah satunya adalah sifat malu yang ada dalam dirinya. Ini tidak, watak Amanda ni ya ampunnnn! Ok, tak nak komen dah. Nanti habis semua perkataan yang tak elok aku keluarkan haha.

Mengikut kata penulis ini kisah santai. Betullah tu, santai dan padat. Pace pun laju. Tahu-tahu je aku dah sampai ke penghujung. Kredit untuk info allergi bawang tu, kali pertama aku baca kes sebegini.

Cuma ya, aku tetap tak puas hati dengan ending Aariz-Amanda. Memang sepadan la depa berdua ni. Masing-masing loser. Aku mengharapkan kedua-dua watak ni kena la ‘sesuatu’… ehhh! Jahatnya aku haha.

Ps: Terima kasih buat penulis untuk pengalaman manis di PBAKL yang lalu. Terima kasih juga atas doanya. Moga panjang umur, dapatlah kita bertemu lagi. InsyaAllah :)
Ps2: Pesanan penaja untuk Mai, sila baca dengan kadar segera haha

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))