Aktviti Membaca!

Khamis, 10 Disember 2015

Cerita Dari Syurga


Cerita Dari Syurga
Zamri Mohamad, Yusry Yusopp, Haeqal Zulqarnain

ISBN: 9789673691722
Penerbit: PTS Professional Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2012
Halaman: 111
Harga: -

~ Rasaku… ~

Aku kasi 5*, sebabnya hampir keseluruhan isi ceritanya 'sampai' ke hati.
Tahniah penulis!

Full review: 02/12/2015

Seronok baca buku nipis ni. Lega otak, tak serabut dengan kisah cintan-cintun hahaha.

Pada hematku yang serba kerdil ini, ia adalah himpunan kisah-kisah biasa yang ‘luar biasa’. Bukan takat kisah keluarga, anak, jiran tetangga malah ada juga menyentuh akan hal penulisan. Aku ada kongsikan petikannya, boleh baca kisah selanjutnya di Catatan 5.

Sekali-sekala dengan buku seperti ini, aku dapat ‘membasuh’ hati agar sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Memang hidup ini tak mudah, tapi Allah tak juga membebankan hamba-Nya melebihi daripada apa yang mampu dipikulnya.

Hmm, tak terasa seperti  mengulas buku ini.
Tapi, itulah... cubalah cari dan baca buku-bukan-novel ini.
Mudah-mudahan, ada manfaatnya untuk kita semua.

InsyaAllah ;))

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Terima kasih daripada kami atas sokongan membaca dan memberi ulasan buku ini. Mohon doa agar kami diberikan kekuatan dalam menulis dan menyebarkan kebaikan. Amin.

    BalasPadam
  2. Zamri Mohamad,
    Maaf lambat respons! Terima kasih tuan singgah ke blog 'usang' saya. Moga tuan dikurniakan kekuatan untuk menulis lagi.

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))