Aktviti Membaca!

Khamis, 10 Disember 2015

Badai Semalam


Badai Semalam
Khadijah Hashim

ISBN: 9789675624155
Penerbit: Kelas Buku Sdn Bhd [versi e-book]
Tarikh Terbit: 2011 [Terbitan Pertama Jan 1968]
Halaman: 276
Harga: -

~ Rasaku… ~

Full review: 08/12/2015

Gigih pinjam di laman PNM, dan rasanya berbaloi-baloi ;))

Kisah yang sangat straight forward sebenarnya, tapi membacanya tetap mengujakan. Mungkin kerana alunan bahasanya atau lenggok tulisannya, aku jadi sangat senang menghadamnya.

Premis mudah, ada gaya tontong drama era 80-an. Mazni, anak orang gaji yang masih menumpang teduh di rumah majikannya walaupun ibunya kini sudah tidak bekerja sebagai pembantu rumah dek kerana sakitnya. Keadaan itu memaksa Murni memilih untuk berhenti sekolah dan melupakan cita-cita ke universiti buat sementara, yang lebih penting kini adalah menanggung perbelanjaan mereka dua-beranak. Duduk menumpang di rumah orang buat Mazni lagi rasa tak senang.

Bila mula bekerja lain pula ceritanya. Belum masuk isu anak tuan rumah yang dah terjatuh hati. Dan, dalam keterpaksaan, Mazni menerima lamaran Karim. Kecewa aku bila melihatkan baik Zaki atau Murni seakan-akan tidak berusaha bermati-matian demi cinta mereka. Mungkin kerana keadaan, ya keadaan masing-masing tidak mengizinkan.

Cerita selepasnya? Hmm, memang bukan macam kisah novel cinta sekarang. Tajuk novel sememangnya teramat tepat buat isi cerita keseluruhannya. Nak happy ending? Jangan mengharapkannya, tapi... aku suka dengan keteguhan Mazni. Hiduplah manusia, bukan kerana cinta manusia tapi kerana cinta-Nya.

Cuma ya, mungkin versi yang aku baca ini adalah e-book, terasa seperti ada yang tak kena. Kenapa ada sesetengah perbualan antara Zaki-Mazni menggunakan ‘aku-kau’, dan ada masanya ‘I-you’, memang begitu ke? Atau, ada yang tersalah di mana-mana?

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Saya ada jual buku kalau ada masa survey lah website saya >> http://www.gerobokbuku.com/

    BalasPadam
  2. GerobokBuku dot com,
    Maaf lambat respons! Baik, akan dilawati :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))