Aktviti Membaca!

Khamis, 19 November 2015

Semerah Red Velvet



Semerah Red Velvet
Hezzy Azra

ISBN: 9789831248461
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd - Alaf 21
Tarikh Terbit: Mac 2013
Halaman: 528
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

Aku bagaikan 'didera' semasa membaca buku ni. Apa taknya, bau harum semerbak kek-kek cawan yang comel, tapi aku pula dalam kuarantin makanan manis-manis ni. Haishhh... saja ja tau buku ni hahaha ;P

Full review: 21/10/2015

Nampak gayanya, HA memang tak pernah menghampakan. Ada variasi dalam kesemua ceritanya, chewahhhh... sedangkan masuk ni baru 3 buah bukunya yang aku khatamkan hahaha. Tapi, ya. Aku suka dengan gaya HA. Ada 2 lagi buku awalnya yang aku masih belum temui. Takpa, nanti-nanti dapatlah tu. Amiiinnnnn...

Raina-Emir-kek cawan Red Velvet.
Nyummy! Haihh, part kek je aku dah rasa nyummy hahaha

Jalan ceritanya mudah. Dan aku suka betul bila Raina tak dipasangkan dengan si Syahir tu. Ya, ampun! Lelaki seperti Syahir tu bikin hati aku panas memanjang, sedang taip ni pun rasa menyampah dengan lelaki bajet bagus seperti itu.

Mujur lah ada si Emir ni. Walaupun nanti di hujung-hujung tu aku tetap ada rasa nak ketuk-ketuk kepala Emir yang kurang sensitif dengan hati sang isteri. Haihh.. sabar je la mamat ni!

Apa pun, seperti biasa aku sukakan heroinnya. Setakat ini aku masih belum berjumpa heroin HA yang hampeh, jadi aku bagi kredit untuk itu. Aku suka dengan peribadi Raina yang utuh biarpun usianya baru awal 20-an. Bekerja keras demi kelangsungan hidup sendiri. Bila berumah tangga pula, dia berusaha untuk duduk dan berdiri sama tinggi dengan suami yang berpendidikan tinggi. Tapi hati perempuan, walau apa pun akan ada yang terusik juga.

Namun, ya, sepertimana aku kurang gemar dengan perisa Red Velvet ini, begitu juga dengan kisah ini. Kurang gemar ya, bukan tidak gemar! Ada terasa kurang, hmm... sesuatu yang aku sendiri tak pasti apa. Rasanya ini salah sendiri, bukan salah puan penulis *sigh*

Kemunculan EJ & Azril dalam novel ini buat aku tersengih sendiri.

Ps: Nama Raina pun comel... *tetiba*

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))