Aktviti Membaca!

Rabu, 12 Februari 2014

Perahu. Kumpulan Puisi

Perahu. Kumpulan Puisi
Ramlah Abdul Rasid

ISBN: 9789674302047
Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 435
Harga: RM15

~ Rasaku… ~

3* untuk isinya.
1* untuk menghargai usaha sendiri kerana berjaya menghadam puisi dengan cara aku tersendiri.

Full review: 11/02/2014

Ketika sedang menunggu dindaku shopping, aku terpandang buku nipis ni. Cover -- minimalis. Tapi sudah cukup menggodaku, atau sebenarnya tika itu aku sudah hampir penat menghadap ribuan manusia yang gilakan membeli-belah tak kira masa. Jadi, ini umpama escapism yang paling segar :D

Dan jujur, aku memang tidak tahu ‘berbicara’ tentang puisi. Tapi, aku cukup terkesan dengan setiap lontarannya. Sampai ke hati. Cukup seadanya -- kasih sayang, cinta, keinsafan & kekaguman pada Pencipta-Nya.

Paling aku suka yang ini:-


Ketika berhadapan ujian-NYA, kata ayah, meski
wajah terlihat muram, seakan membendung air mata
“Kau perlu kuat, sayang. Ini urusan-NYA.” [petikan puisi Kata Ayah]
 
Ujian menimpa kita tanda kasih sayang-Nya.
Senyum. Alhamdulillah :))

Happy reading (^-<)

3 ulasan:

  1. Sebak pulak cerita pasal ayah ni :)) Berpuisi minggu lepas? ~ sangat puitis kak airina ni

    BalasPadam
  2. Saya belum beli lagi buku ni. Sudah pastilah buku ini punya sesuatu, jika tidak masakan tersenarai antara penerima sagu hati sayembara ITBM.

    P/S: Buku saya, kumpulan cerpen remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM telah pun terbit. Jika berminat, boleh pesan terus daripada saya. Maklumat lanjut boleh rujuk di blog saya. Terima kasih.

    *Follow juga blog ni.

    BalasPadam
  3. Happy Mind,
    Haah dik, kalau part ayah memang sebak :)) Sesekali dik, nak juga rasa bagaimana puitisnya puisi.

    Tetamu Istimewa,
    Ya, rasanya sampai pada saya yang tak berapa arif ni.
    Tahniah! InsyaAllah, akan berkunjung untuk mendapatkan maklumat tentang buku tuan :))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))