Aktviti Membaca!

Rabu, 12 Februari 2014

Isabella

Isabella
Abdul Latip Talib

ISBN: 9789674302047
Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia [ITBM]
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 435
Harga: RM20

~ Rasaku… ~

3* untuk isinya.
1* untuk effort yang aku curahkan. Yay!

Sebenarnya, aku tidak menyukai subjek Sejarah. Semenjak kecil, aku lebih rela ke kelas Kajian Alam/Tempatan atau Geografi. Lebih rela meneliti permukaan bumi berbanding sejarah manusia dan tamadunnya. Aku lebih sukakan subjek kira-kira daripada mengingat nama tokoh dan catatan peristiwa. Dan bila di alam universiti, kesemua subjek tamadun itu diambil hanya kerana ianya antara subjek wajib dalam kursusku. Perghh… teruknya perangai! *wink*

Tapi, dari dulu juga aku sebenarnya sukakan sastera. Dan sanggup memilih persatuan itu daripada dunia Sains & Teknologi. Jadi, bila ada insan yang sanggup menitipkan hal ehwal Sejarah dalam konteks yang lebih mudah faham, aku cukup teruja.

Dalam edisi pertama ini, merungkai kisah si Ratu Isabella ketika kecil. Bagaimana sukarnya hidup dalam buangan sebelum dirinya diangkat menjadi Ratu. Ironinya, kalau Isabella sendiri pernah mengalami kisah silam yang menyedihkan, kenapa dia tegar membunuh dan membakar hidup-hidup umat Islam di Andalus? Hmm, tu kena tunggu kesinambungannya.

Dan akhirnya aku simpulkan [lari sikit daripada cerita ini sebenarnya], manusia itu memang diberi kebebasan dalam beragama. Ada akal dan hujah tersendiri untuk menegakkan agamanya tersendiri. Itu memang adil. Tapi, masih adilkah kita? Bila sudah dibentang kebenaran, masih mahu menidakkan nur itu?

Musahabah. Diri. Sendiri.

Ps: Ini memang bukan review sebab aku tak tahu bagaimana mahu bercerita tentang novel fiksyen sejarah begini. Naa.. it’s ok Rina! Everyone has a first time :D

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))