Aktviti Membaca!

Rabu, 28 Ogos 2013

Inche’ Jamil Menantu Mithali

Inche’ Jamil Menantu Mithali
Norisah A. Bakar

ISBN: 9789670201795
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 508
Harga: RM24

~ Rasaku… ~

Lama tak baca karya kakak nun jauh di seberang. Kiranya ini karya pengubat rindu la ;))

IJMM disampaikan dengan cukup mudah. Tak akan buat kita pening kepala dengan konflik yang hebat-hebat. Cuma ada satu saja. Tapi itu dah cukup untuk mewarnai perjalanan novel ini. Lengkap lah dengan pelbagai rasa – masam masam manis. Hidup tak semuanya indah saja kan? Hujan perlu turun kalau mahu bersua pelangi. Tak gitu?

Kisahnya tentang Nasuha. Nasuha gadis manis yang belum berkahwin. Membuatkan dia sering saja diasak dengan persoalan yang sama terutamanya bila adiknya, Muna mengikat pertunangan dengan Aziz. Ibu ayah sudah susah hati, tak mahu nanti adiknya pula langkah bendul. Jadi harus bagaimana mencari jodoh buat anak sulungnya?

Lalu pertemuan demi pertemuan diatur. Akhirnya dia melekat dengan Jamil. Lelaki yang tak banyak kata itu buat dia senang. Tapi Jamil ada banyak ragamnya dan saat lelaki itu mahu mengundur diri, Nasuha tekad dengan pendiriannya. Jamil harus menjadi suaminya. Titik.

Dan sejak itu rentak cerita mula berubah. Bagaimana Nasuha dengan sabar memahami gaya Jamil yang bermacam-macam. Tak perlu baju kahwin, tiada bulan madu dan pelbagai lagi. Ada masanya Nasuha penat juga tapi sengaja hati dicekalkan.

Bila mereka sudah berumah tangga lain pula cabarannya. Bagaimana dua insan yang berkahwin tanpa cinta memilih untuk bahagia. Bukan mudah tapi ianya tidak mustahil. Seronok membaca gelagat dua pasangan ini. Ada saja yang mencuit hati, tak kurang juga kasihan pada Nasuha di saat dia bagaikan dihalau keluar dari rumah keluarganya. Oh! Kasihan Nasuha. Tapi dia anak dan kakak yang cukup memahami. Sedar diri. Dan itu buat aku makin melekat dengan Nasuha.

Apa pun, sebenarnya cerita ini menjadi lebih menarik dengan kehadiran si selamba Jamil. Dia ada aura yang bukan calang-calang. Ada cara tersendiri dalam mengemudi bahtera rumah tangganya. Walau ada masanya aku rasa nak luku laju-laju bila saja dia berlagak tenang dan selamba, tapi itu lah yang selalu menyelamatkannya. Inche’ Jamil yang misterius.

Aku senang dengan isi ceritanya. Kisah kehidupan kita sehari-hari. Realiti yang mudah nak difahami. Yang penting, tiada ayat jiwang terlebih gula batu. Tiada masalah dalam gaya bahasa dan penceritaan juga kerana penulisnya di kalangan penulis-penulis otai. Cuma kali ini aku terasa ada sedikit pengaruh kaksu, mungkin. Oppss! Jangan terasa ya che’ puan, ini hanya pandangan peribadi.

Apa pun saya tetap menyukai kisah ni kerana ceritanya yang santai dan memikat. Tahniah kaknor. Moga makin terus rajin menulis di masa-masa akan datang. Sayang akak ketat-ketat. Mmmuahh~~

Happy reading (^-<)

Selasa, 27 Ogos 2013

Alahai Siti Edora

Alahai Siti Edora
Noraz Ikha

ISBN: -
Penerbit: Self Publishing – NI Publication
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 62
Harga: RM10

~ Rasaku… ~

Kelakar. Nanti-nanti la aku tulis review ;P

Full review: 27/08/2013

Baca kisah ni buat aku tersenyum. Kelakar. Tapi bukanlah gelak terbahak-bahak. Cuma mampu juga lah buat aku tersengih dengan gelagat hero dan heroin yang ada masanya perangai tiga suku.

Premisnya mudah. Tak payah nak tahan geram dengan watak jahat pun. Takde langsung konflik panjang bersulam dendam. Jadi, senang nak habiskan mini novella ini dalam masa beberapa jam. Tapi yang paling penting pengeditan yang hampir sempurna. Novel yang sedia ada pun ada banyak typo, ini pula yang diterbitkan sendiri. Tahniah!

Kisah si Ilham Helmi yang terpaut pada Siti Edora pada pandangan pertama. Tapi nak pikat si gadis manis yang garang ini punyalah susah. Sampai kena buat pakatan komplot dengan bakal mak mertua. Comel gila.

Siti Edora ni pula menyampah dengan gaya Ilham yang tak habis-habis dengan Siti Nurhaliza. Sampai kereta pun penuh dengan gambar artis pujaan tu. Naik cemuih Siti Edora melihatnya.

Jadi bagaimana dengan hubungan mereka? Apa bisakah Ilham menawan hati keras Siti Edora? Sila-sila. Dapatkan naskhah ini dengan percuma terus daripada penulisnya sendiri.

Happy reading (^-<)

His Virgin Acquisition

His Virgin Acquisition
Maisey Yates

ISBN: 9780263213966
Penerbit: Harlequin Books
Tarikh Terbit: 2010
Halaman: 248
Harga: -

~ Rasaku… ~

2.5*

Full review: 27/08/2013

The Virgin Bride vs The Arrogant-Sexy Billionaire.
Who will win? *smirk*

At first, I don’t like Marco. He seems too judgmental and sexist. Though he had a childhood trauma, it doesn’t give you a reason to judge others. But in the middle, once love has taken place, he turns to a romantic person. Really liked the endearments that Marco used when speaking with Elaine. ‘Bella’, ‘Amore Mia’, ‘Cara’... he knew how to melt his bride.

Elaine on the other hand, was a cool head virgin. She was determined to ensure she gets her father’s company, even though she had to marry that bold Marco to inherit it. It’s supposed to be a business deal, a 12 months business-marriage arrangement. But when the emotions get involved, everything turned upside-down.

Anyway, I loved the ending. Exactly what it ought to be - simple and sweet.

Happy reading (^-<)

Selasa, 20 Ogos 2013

Tak Perasan Cinta

Tak Perasan Cinta
Noraz Ikha

ISBN: -
Penerbit: Self Publishing – NI Publication
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 22
Harga: -

~ Rasaku… ~

2.5*

Comel! Review lepas raya hahaha ;P

Full review: 19/08/2013

Cerita ni comel. Kisah cinta pendek yang comel. Disampaikan dengan cukup bersahaja. Mudah difahami dan dihadam. Tiada pula konflik yang memeningkan kepala. Memang bagus dijadikan peneman penghilang stress.

Walaupun kisahnya agak klise, tapi aku suka. Yalah, kisah sepasang teman baik yang terlanjur suka tapi tak perasan akan kehadiran cinta dalam hati masing-masing. Mujur sang teruna cepat tangkap apa yang sudah melanda perasaannya, kalau nak harapkan si gadis. Alamatnya sampai ke sudah lah hubungan mereka tak ke mana.

Mana taknya, si Leena yang blur memanjang. Siap bagi idea kepada Taufiq bagaimana nak mengurat anak gadis. Tapi dalam pada itu terselit juga di hati, alangkah bagusnya kalau ada yang berbuat begitu juga. Tapi... Taufiq suka orang lain. Habis tu, bagaimana dengan Leena?

Aku suka ending walau agak ringkas. Tapi nak buat macam mana, kisah ini juga ringkas saja. Memang cukup elok la untuk penamat kisah cinta tak perasan sebegini.

Sesiapa yang mahu layan kisah cinta pendek ni boleh dapatkan terus di blog penulis. Cepat-cepat selagi masih ada ;))

Happy reading (^-<)

Dekat PadaMu


Dekat PadaMu
Sarnia Yahya

ISBN: 9789671174104
Penerbit: Lovenovel Publication
Tarikh Terbit: Februari 2013
Halaman: 534
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

2.5*
 
Review? Lepas raya la...sekarang mood cuti raya hikhikhik ;P

Full review: 19/08/2013

Syafiqa umpama sebatang kara walaupun dia sebenarnya mempunyai kembar; Syafiq. Tetapi dek kerana Syafiq kini ditahan di pusat sehenti akibat daripada ketagihan dadah, Syafiqa kelihatannya bersendirian. Mujur ada Ashila dan Iskandar. Dua beradik yang menjadi tempat Syafiqa menumpang kasih.

Namun persahabatan dengan Ashila ada pasang-surutnya. Terutamanya bila saja Ashila bertindak membelakangkan keluarganya di saat dia ditunangkan dengan Rayyan. Syafiqa yang pernah bekerjasama dengan Rayyan berasa Ashila bodoh kerana tak pernah beri peluang untuk mengenali Rayyan dengan lebih dekat. Sebaliknya dia sibuk mengejar Jay yang kaki kikis. Aduh! Cinta membutakan Ashila.

Rasa kasihan yang timbul akhirnya membawa kepada perasaan lain. Seboleh mungkin Syafiqa mengelak, tetapi lelaki sebaik Rayyan juga yang bisa mencairkannya. Namun pada masa yang sama abang Iskandar tak pernah melepaskannya. Dalam diam rupanya duda terhangat itu menyimpan rasa. Jadi siapa pilihan Syafiqa?

Episod kematian dalam kehidupan Syafiqa yang berturut-turut mengundang simpati. Bermula dengan kemalangan Ashila, kemudiannya Rayyan dan akhirnya Syafiq. Kasihan sungguh. Tapi semangat Syafiqa cukup membara. Walau patah, berderai seribu..hatinya masih mahu bangkit. Mujur juga ada Iskandar di sisi. Menemani saat-saat duka Syafiqa. Tapi sayangnya, Syafiqa masih beku. Cinta yang dihulur masih belum disambut. Apa bisakah Iskandar menjadi penunggu setia?

Aku sedikit teragak-agak bila nak diberikan rating. Bukan apa, terasa ‘kehilangan’ Sarnia Yahya dalam novel ini. Mungkin tak berapa kena dengan jiwa. Hingga ada beberapa halaman yang aku baca laju-laju kerana bosan. Tapi jika anda peminat penulis, jangan risau. Karyanya ini masih tak menghampakan  ;))

Gaya bahasa tak perlu dipersoalkan. Penulis otai ni, jadi tak banyak masalah. Jalan ceritanya pun mudah cuma kisah hidup heroin tu je yang berliku. Banyak sangat adegan kematian dan kehilangan. Aduh! Dan mungkin kerana itu aku rasa agak letih nak baca hahaha

Happy reading (^-<)

Pesta Buku Kelantan

Wah! Lama tak dengar cerita daripada wakil SMO tu. Dan email daripadanya tentang pesta buku kembali ke Kelantan sungguh mengujakan.


Ha, kepada teman-teman.. jangan lepaskan peluang. Selamat membeli-belah dengan gembira ;))


Ps: Risik-risik, kaksu & abang Rosdi pun ada sama *wink* 

Happy reading (^-<)

Khamis, 1 Ogos 2013

101 Rekreasi Hati: Buat Diriku yang Mudah Lupa

101 Rekreasi Hati: Buat Diriku yang Mudah Lupa
Zahazan Mohamed, Nik Wafdi Nik Jaafar

ISBN: 9789673880201
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Februari 2011
Halaman: 212
Harga: RM17

~ Rasaku… ~

Zaman ini dah makin mudah. Bertarbiah pun makin mudah. Salah satunya begini. Mengapa perlu susahkan diri kalau cara kombinasi hadis+ilustrasi lebih memikat. Ya tak?

Jadi tahniah buat kedua-duanya. Baik yang mengupas isi hadis atau yang melukisnya. Persembahan ilustrasi sebenarnya amat memainkan peranan yang penting. Bak kata pepatah orang putih, 

Talk is cheap, but a picture is worth a thousand words.”

Santai dan humor. Ringkas dan padat. Hadisnya juga senang difahami dan dihayati. Memang formula tarbiah versi moden yang terbaik. Pendek kata, bahan bacaan ringan yang cukup bermanfaat.

Aku suka semua isi hadisnya. Ilustrasinya juga. Cuma kalau anak-anak kecil mungkin sukar sikit nak menangkap isinya. Di sini ibu bapa atau mereka yang lebih tua [baca: yang lebih faham] perlu menerangkan dengan lebih lanjut.

Baca dengan tenang. Jangan tergopoh-gapah. Sila fahami dengan mata akal. Dan kemudiannya berkongsi. Moga ada baiknya untuk semua. InsyaAllah ;))

Happy reading (^-<)