Aktviti Membaca!

Selasa, 20 Ogos 2013

Dekat PadaMu


Dekat PadaMu
Sarnia Yahya

ISBN: 9789671174104
Penerbit: Lovenovel Publication
Tarikh Terbit: Februari 2013
Halaman: 534
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

2.5*
 
Review? Lepas raya la...sekarang mood cuti raya hikhikhik ;P

Full review: 19/08/2013

Syafiqa umpama sebatang kara walaupun dia sebenarnya mempunyai kembar; Syafiq. Tetapi dek kerana Syafiq kini ditahan di pusat sehenti akibat daripada ketagihan dadah, Syafiqa kelihatannya bersendirian. Mujur ada Ashila dan Iskandar. Dua beradik yang menjadi tempat Syafiqa menumpang kasih.

Namun persahabatan dengan Ashila ada pasang-surutnya. Terutamanya bila saja Ashila bertindak membelakangkan keluarganya di saat dia ditunangkan dengan Rayyan. Syafiqa yang pernah bekerjasama dengan Rayyan berasa Ashila bodoh kerana tak pernah beri peluang untuk mengenali Rayyan dengan lebih dekat. Sebaliknya dia sibuk mengejar Jay yang kaki kikis. Aduh! Cinta membutakan Ashila.

Rasa kasihan yang timbul akhirnya membawa kepada perasaan lain. Seboleh mungkin Syafiqa mengelak, tetapi lelaki sebaik Rayyan juga yang bisa mencairkannya. Namun pada masa yang sama abang Iskandar tak pernah melepaskannya. Dalam diam rupanya duda terhangat itu menyimpan rasa. Jadi siapa pilihan Syafiqa?

Episod kematian dalam kehidupan Syafiqa yang berturut-turut mengundang simpati. Bermula dengan kemalangan Ashila, kemudiannya Rayyan dan akhirnya Syafiq. Kasihan sungguh. Tapi semangat Syafiqa cukup membara. Walau patah, berderai seribu..hatinya masih mahu bangkit. Mujur juga ada Iskandar di sisi. Menemani saat-saat duka Syafiqa. Tapi sayangnya, Syafiqa masih beku. Cinta yang dihulur masih belum disambut. Apa bisakah Iskandar menjadi penunggu setia?

Aku sedikit teragak-agak bila nak diberikan rating. Bukan apa, terasa ‘kehilangan’ Sarnia Yahya dalam novel ini. Mungkin tak berapa kena dengan jiwa. Hingga ada beberapa halaman yang aku baca laju-laju kerana bosan. Tapi jika anda peminat penulis, jangan risau. Karyanya ini masih tak menghampakan  ;))

Gaya bahasa tak perlu dipersoalkan. Penulis otai ni, jadi tak banyak masalah. Jalan ceritanya pun mudah cuma kisah hidup heroin tu je yang berliku. Banyak sangat adegan kematian dan kehilangan. Aduh! Dan mungkin kerana itu aku rasa agak letih nak baca hahaha

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))