Aktviti Membaca!

Rabu, 28 Ogos 2013

Inche’ Jamil Menantu Mithali

Inche’ Jamil Menantu Mithali
Norisah A. Bakar

ISBN: 9789670201795
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 508
Harga: RM24

~ Rasaku… ~

Lama tak baca karya kakak nun jauh di seberang. Kiranya ini karya pengubat rindu la ;))

IJMM disampaikan dengan cukup mudah. Tak akan buat kita pening kepala dengan konflik yang hebat-hebat. Cuma ada satu saja. Tapi itu dah cukup untuk mewarnai perjalanan novel ini. Lengkap lah dengan pelbagai rasa – masam masam manis. Hidup tak semuanya indah saja kan? Hujan perlu turun kalau mahu bersua pelangi. Tak gitu?

Kisahnya tentang Nasuha. Nasuha gadis manis yang belum berkahwin. Membuatkan dia sering saja diasak dengan persoalan yang sama terutamanya bila adiknya, Muna mengikat pertunangan dengan Aziz. Ibu ayah sudah susah hati, tak mahu nanti adiknya pula langkah bendul. Jadi harus bagaimana mencari jodoh buat anak sulungnya?

Lalu pertemuan demi pertemuan diatur. Akhirnya dia melekat dengan Jamil. Lelaki yang tak banyak kata itu buat dia senang. Tapi Jamil ada banyak ragamnya dan saat lelaki itu mahu mengundur diri, Nasuha tekad dengan pendiriannya. Jamil harus menjadi suaminya. Titik.

Dan sejak itu rentak cerita mula berubah. Bagaimana Nasuha dengan sabar memahami gaya Jamil yang bermacam-macam. Tak perlu baju kahwin, tiada bulan madu dan pelbagai lagi. Ada masanya Nasuha penat juga tapi sengaja hati dicekalkan.

Bila mereka sudah berumah tangga lain pula cabarannya. Bagaimana dua insan yang berkahwin tanpa cinta memilih untuk bahagia. Bukan mudah tapi ianya tidak mustahil. Seronok membaca gelagat dua pasangan ini. Ada saja yang mencuit hati, tak kurang juga kasihan pada Nasuha di saat dia bagaikan dihalau keluar dari rumah keluarganya. Oh! Kasihan Nasuha. Tapi dia anak dan kakak yang cukup memahami. Sedar diri. Dan itu buat aku makin melekat dengan Nasuha.

Apa pun, sebenarnya cerita ini menjadi lebih menarik dengan kehadiran si selamba Jamil. Dia ada aura yang bukan calang-calang. Ada cara tersendiri dalam mengemudi bahtera rumah tangganya. Walau ada masanya aku rasa nak luku laju-laju bila saja dia berlagak tenang dan selamba, tapi itu lah yang selalu menyelamatkannya. Inche’ Jamil yang misterius.

Aku senang dengan isi ceritanya. Kisah kehidupan kita sehari-hari. Realiti yang mudah nak difahami. Yang penting, tiada ayat jiwang terlebih gula batu. Tiada masalah dalam gaya bahasa dan penceritaan juga kerana penulisnya di kalangan penulis-penulis otai. Cuma kali ini aku terasa ada sedikit pengaruh kaksu, mungkin. Oppss! Jangan terasa ya che’ puan, ini hanya pandangan peribadi.

Apa pun saya tetap menyukai kisah ni kerana ceritanya yang santai dan memikat. Tahniah kaknor. Moga makin terus rajin menulis di masa-masa akan datang. Sayang akak ketat-ketat. Mmmuahh~~

Happy reading (^-<)

3 ulasan:

  1. cepatnya adik kakchik ni membaca & menulis...:)

    BalasPadam
  2. AimieAfifah,
    Bolehlah kakchik, selagi penyakit M tu tak datang menyerang hikhikhik ;P

    cik ayu,
    Beli online je daripada website JS Adiwarna. Mudah dan senang ;D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))