Aktviti Membaca!

Jumaat, 21 Jun 2013

Ilusaniti

Ilusaniti
Adib Zaini

ISBN: 9789670374345
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama April 2013
Halaman: 318
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Gila.
Ceritanya memang gila.
Penulisnya? Haruslah lagi gila hahaha ;P

Perasaan baca buku ni sama macam baca Pecah. Aku tak boleh expect apa-apa. Jalan cerita yang sangat tak cliche. Fast-paced, tau-tau je...eh! Dah habis. Plot yang dirancang cukup teliti di mana akan ada saja unsur saspens yang buat aku berfikir – is it real? Atau imaginasi aku semata?

Ceritanya bermula dengan pertemuan beberapa teman yang kenal di atas talian. Bertemu buat pertama kali dalam satu sesi menonton wayang bersama-sama. Dan kemudiannya? Kesemua mereka mulai didatangi mimpi-mimpi aneh. Satu per satu mulai mati secara mengejut. Kini masing-masing mula tak senang duduk, mahu merungkai punca sebenar apa yang terjadi.

Aku pernah cakap yang aku sangat tak suka dengan adegan mimpi. Tapi dalam cerita ni, mimpi itu senjata utama. Dan penulis begitu teliti dalam merencanakan mimpi Bandar Tanpa Cahaya itu. Cukup kemas buat aku untuk mengimaginasikannya. Penulis juga menyelitkan segala macam permainan online yang satu pun aku tak pernah main hahaha Jadi pada mereka yang gamer/geek dan sewaktu dengannya aku rasa ini memang untuk kamu-kamu. Ada War of Warcraft okay!

Ini novel pertama penulis yang aku baca. Bravo. Penipuan yang sangat menjadi. Tapi aku tak suka hujan meteor tu. Hailoh...kenapa rasa macam Hollywood sangat tetiba. Spoiled mood aku.

Oh! Kurang 1 bintang sebab aku tak suka pengakhirannya. Sama seperti buku-buku Fixi yang lain, mereka memang tak suka bagi ending yang cantik. Haihh.. *face palm*

Happy reading (^-<)

6 ulasan:

  1. Baru habis baca petang tadi. Saya tidak menyukainya. Zombijaya lebih baik dari novel ini (pada sayalah).

    Dan ya, saya tak sukakan hujan meteor itu. Sungguh Hollywood. Kalau tak ada novel ini kelihatan lebih baik, kan?


    **Entah kenapaa tiba-tiba sahaja saya teringin pula nak baca MENTAL

    BalasPadam
  2. Pei Pan,
    Oh! Saya belum baca yang itu. Nanti boleh try ;D

    Haah. Sangat Hollywood..jadi membunuh mood saya di situ.

    Psst..baca jangan tak baca hikhikhik ;P

    BalasPadam
  3. Zombijaya lebih baik dari Invasi (Invasi tentang alien). Watak Nipis dalam Zombijaya amat "hidup" dan saya menyukainya.

    Zombijaya tidak lagi di jual. Tapi sekarang ada KL Zombi. Boleh cuba.

    BalasPadam
  4. Pei Pan,
    Invasi? Bunyinya menarik.

    Oh! Sama kah KL Zombi dengan Zombijaya tu? Nanti saya risik dengan teman, kot mereka ada copy lagi untuk saya buku Zombijaya tu hehe

    BalasPadam
  5. Invasi sebenarnya agak menarik juga tapi saya baru baca suku. Bab awal agak lewah dan seperti sengaja di panjangkan. Bolehlah cuba kalau berminat. Mana tahu setanding Gergasi.

    KL Zombi sama dengan Zombijaya (setahu sayalah).

    Saya tak sabar nak baca Kataris, novel alih bahasa dari Indonesia. Dulu baca Suami & Isteri - antara siri detektif yang saya suka.

    Ada juga Fixi Novo yang menarik (hati) tapi tak pernah baca lagi (tunggu Gobokairina ulas mana-mana novel dari Fixi Novo :p)

    BalasPadam
  6. Pei Pan,
    Sudah dapat copy Zombijaya. Yay!

    Owh..nanti cari yang Invasi pula. Thanks ;))

    Hee... Belum ada siri Fixi Novo yang menarik tangkai hati untuk mencubanya haha

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))