Aktviti Membaca!

Khamis, 6 Jun 2013

Dah Jodoh

Dah Jodoh
Iman Nizrina

ISBN: 9789670448114
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Ketiga April 2013
Halaman: 434
Harga: RM18

~ Rasaku… ~

Lamanya tak menulis, rasanya sedikit blur. Lost. Bukan apa, sibuk dengan kerja yang tak akan pernah habis, sibuk dengan urusan personal yang tak tentu hala dan sibuk dengan game Candy Crush [?] hahaha..itu yang paling sibuk kan rina oi! ;P

Baik, ini novel yang cukup sesuai sebagai penghilang stress. Comel je kisahnya, tiada konflik berat. Walaupun pada mulanya pertemuan hero-heroin sedikit tragik. Nasira dan Nuqman bertemu buat kali pertama di rumah bakal tunang Nasira; Hasni. Masing-masing sedang memujuk hati selepas menangkap kekasih hati masing-masing yang berdua-duaan di rumah Hasni.

Kecurangan kedua-duanya memang mengecewakan. Tapi apa yang lebih malang bila Nasira dan Nuqman pula yang ditangkap basah. Eh! Dek kejadian itu, keluarga Nasira pula membuangnya. Lebih menyakitkan hati bila orang luar lebih dipercayai daripada darah daging sendiri. Hailoh...kasihan!

Nuqman cuba bertanggungjawab, membaiki keadaan. Perkahwinan antara mereka berdua diatur bagi menutup rasa malu keluarga Nasira namun itu semua tidak cukup untuk menebus kesalahan Nasira pada keluarganya. Kasihan sungguh. Mujur ada Nuqman dan keluarganya yang cukup memahami. Cukup terbuka menerima kehadiran menantu segera ke dalam keluarga mereka.

Episod seterusnya? Bermulalah perjalanan hubungan Nasira-Nuqman sebagai suami isteri. Suka dengan cara Nuqman yang memberi masa buat mereka berdua untuk menerima perkahwinan terkejut itu. Memang cool si Nuqman tu tapi ya ampun, cemburunya pun sangat dahsyat! Pantang nampak si Hasni, mula la nak meletup. Tapi aku suka pasangan ini. Nuqman yang terlalu melindungi dan Nasira yang lurus manja. Ada keserasian yang tak dibuat-buat.

Dan seperti novel sebelumnya, bila sampai je part pet-names tu aku rasa... Alahai! Bikin spoil sikit. Tapi ya, DJ masih cerita yang manis dan mereka yang suka cerita cinta selepas kahwin sebegini pasti akan melekat dengan yang ini.

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. thanks... (P/s : iman pun busy betul dengan candy crush sekarang- Benda tu perlu diharamkan lah sbb addicted mcm drug)

    BalasPadam
  2. iman,
    Rajinnya Iman singgah sini. Thanks ;))

    Ps: Saya setuju. Memang patut diharamkan hahaha ;P

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))