Aktviti Membaca!

Jumaat, 10 Mei 2013

I Love You, Stupid!

I Love You, Stupid!
Melur Jelita

ISBN: 9789670246321
Penerbit: Penerbitan Karya Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: September 2012
Halaman: 1389
Harga: RM39


 
~ Rasaku… ~

Lelah. Ya, perkara paling utama yang ‘mengiringi’ sepanjang pembacaan aku adalah ini. Aku lelah kerana:-
1. Bukunya yang tebal dan berat. Sah pembacaan gaya Cleopatra diharamkan ketika membaca ILUS.
2. Meleret-leret. Perhubungan pasang-surut antara dua watak utamanya memang melelahkan aku. Aku perlu senantiasa memastikan tingkat kesabaran aku cukup tinggi tatkala ‘bersama’ dua watak ini. Pheww...

Bagaimana? Ada tak peminat kipas mati ILUS nak serang aku? *wink*

TAPI...[wah! Tiba-tiba guna huruf besar! ;P]

Kedua-dua perkara yang melelahkan itu diselamatkan oleh banyak perkara lain. Antaranya;

Plot yang ringkas dan lancar. Salah satu sebab utama aku melekat dengan novel ini pastinya kerana tiada konflik yang memberatkan kepala. Paling-paling tidak, konflik emosi antara Firman dan Iris saja. Ha, tu yang buat aku geram sikit. Episod tarik tali, sembunyi-sembunyi rasa...haihh rasa nak cepuk je! ;P

Pengolahan yang manis dan indah. Dibawa menelusuri kaum Melayu Champa khasnya. Kalau nak google di internet, rasanya aku tak kan baca. Serius. Sebab aku bukan pencinta Sejarah. Namun penulis berjaya buat aku tertarik. Mungkin kerana gaya bahasa yang digunakan tidak terlalu ‘keras’. Ada santai yang memikat jadi tak terasa mengulit buku Sejarah sedangkan hampir separuh isi bukunya menjurus kepada itu.

Info tentang Kemboja dan isi alamnya. Tersayat. Ya, indahnya kehidupan pada mereka yang tahu menghargai. Alhamdulillah, syukur pada nikmat yang diberi walau di mana anda berada sekali pun. Kekurangan bukan sebab utama untuk merintih pilu. Tidak. Ia adalah ujian buat para hamba-Nya untuk mencari kelebihan yang ada dalam diri. Hikmah yang tersembunyi. Tuhan amat menyayangi kita. Insaf.

“Tapi manusia tidak melihat setiap kejadian malang atau keburukan itu ada keindahannya, ada hikmahnya...” [page 211]

Islam dan fitrahnya. Kerdilnya diri kalau aku bincangkan di sini. Cukup kalau kamu tahu yang isi novelnya ada ini – addin. Buka mata hati untuk menghayati. Cari ruang dan peluang untuk memperbaiki diri. Jom! ;))

Kasih sayang dan keluarga. Disulam tanggungjawab dan persahabatan. Buat mereka yang ada keluarga, kasih sayang senjata utama. Membina kekuatan peribadi masing-masing. Pada yang tiada, sebarkan kasih sayang anda. Hidup untuk memberi bukan hanya menadah tangan pada yang sudi. Uhibbuki fillah.

Firman vs Iris. Memang aku lelah baca pergaduhan antara mereka. Sekejap baik, banyak yang bermasam muka. Aduh! Tapi dalam lelah itu sebenarnya aku sedar penulis menitip pesan halus tiap kali ada adegan pertelingkahan mereka berdua. Dan untuk kesemua info dan nilai positif yang aku dapat dalam novel ini, aku bagi markah penuh kepada penulisnya. Yay!

Penulis ada banyak input dan idea. Cuma ada masanya agak meleret-leret ditambah dengan pengulangan ayat yang agak kerap. Namun perincian setiap info memang harus dipuji. Mungkin itu antara faktor mengapa novelnya mencecah 1000++. Walaubagaimanapun, ‘rerama’ cantik yang terbang tinggi pasti memaku anda ke halaman yang terakhir..ngee~~~

Lain-lain? Rasanya boleh saja baca review teman-teman di GR. Mereka sudah membedah isi buku ini dengan baik sekali hingga berjaya buat aku mencari masa untuk sama-sama mendalami ‘perang’ cinta si abang pedas dan si hot diva. Terima kasih korang!

Usai membaca ILUS, aku kepingin baca novel pertama penulis. Nampak tak impak yang dibawa oleh penulis? Heh. Dan tak lupa sambungan novel ini – MYPI; yang buat ramai peminat abang pedas gigih beratur panjang di pesta buku baru-baru ini. Arghh...jelesss mak! ;P

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))