Aktviti Membaca!

Jumaat, 29 Mac 2013

Separuh Aku Ada Kamu

Separuh Aku Ada Kamu
Lila Vee

ISBN: 018
Penerbit: e-Sentral
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 25 Bab
Harga: -

~ Rasaku… ~

SAAK disampaikan dengan mudah. Tak perlu nak kusutkan otak, memang sesuai dijadikan bahan bacaan e-book. Santai dan masih ada manisnya. Ia tentang Nur Syaza [Syaza] yang perlu berhadapan dengan bos yang teramatlah kerek – Ahmad Zhafir [Zhafir].

Menjadi pembantu peribadi mudah je tapi kalau dengan tuan bos Zhafir semuanya jadi lain macam. Sudahlah diberi dua syarat wajib:-

1. Datang kerja pakai baju kurung!
2. Setiap pagi mesti ada Black Coffee dan karipap sardin tiga biji atas meja.

Amboi! Dah macam anak raja je permintaan Zhafir ni. Cerewet pula tu. Tak boleh kurang satu pun, kena tiga biji juga karipapnya. Syaza pula bagai dayang istana yang patuh. Tak pandai melawan pula tu cuma ada masanya dia pun tak tahan juga dengan segala arahan dan permintaan encik Mat Sapi tu hahaha

Aku sebenarnya tertanya-tanya masa mula baca prolog sebab permulaannya mengikat. Dan penulis nampaknya saja je nak ‘dera’ pembaca, sebab di hujung cerita barulah diceritakan sepenuhnya. Walaupun klise, aku suka lah kali ni. Mungkin gaya bahasa penulis ini mengingatkan aku pada adindaku; bulanhijau, Addi dan pitak [dik, dah tutup blog ke?]. Sempoi habis. Haihh... lama pula tak berbual dengan mereka semua ;))

Cuma rasanya mungkin ada yang terlepas pandang daripada segi ejaan dan beberapa kali nama Syaza menjadi Syala. Aku lihat-lihat juga kot lah penulis masa tu nak maksudkan Sarah; si kembar Syaza.

Aku dapat di sini. Percuma tapi perlu download aplikasinya saja. Mungkin aku kurang arif tentang hal canggih sebegini, tapi aku rasa aplikasinya agak kaku dan cepat saja hang.. ke aku je yang alami semua ini? *wink*

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. terima kasih airina atas review yang manis. ebook ni cerita asalnya ditulis bersama nir,bulan,ahmd & qwerty di blog the awesome =) fasal ejaan tu maaf ya. masa semak haritu set autocorrect dan entah macamana tak perasan beberapa ejaan tersalah eja. sbb tu effect pada semua. termasuk nama syala tu. maaf. apa pun. thanks again for reading n downloading ^^

    BalasPadam
  2. Sama-sama Lila Vee,
    Oh! Tak sangka pula ini ciptaan si 5 gadis bersaudara ;))
    Moga menang ya kamu-kamu semua dalam pertandingan ini! Yay!

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))