Aktviti Membaca!

Jumaat, 8 Februari 2013

Mangsa

Mangsa
Gina Yap Lai Yoong

ISBN: 9789670374192
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: 23 November 2012
Halaman: 245
Harga: RM17.90

~ Rasaku… ~

Orang kata kena baca Ngeri dulu baru boleh selesa dengan Mangsa. Hmm, aku rasa tak perlu. Kalau sesiapa baca Mangsa dulu pun tak mengapa. Sebab kedua-duanya ada cerita berbeza cuma ya, akan tertanya-tanya kenapa dan mengapa si pembunuh itu suka berkelakuan sebegitu? Masalah mental kah?

Dimulakan dengan kisah Natalia dan Nazwan. Dua sahabat baik yang sudah melepasi garisan persahabatan tetapi berlagak seperti tiada apa-apa. Bila penat mengusung rasa tiada apa-apa itu, Natalia cuba menjauhkan diri daripada Nazwan. Ada rasa yang perlu dibereskan dengan caranya yang tersendiri dan di sini lah tragedi mangsa dibongkar satu per satu.

Aku suka bila tragedi dibawa nun di Kuala Lipis [dah dekat dengan rumah aku tu kih5]. Lari daripada kesibukan kota, memungkinkan kejadian itu benar-benar berlaku dan sekaligus meyakinkan aku pemangsa itu betul-betul wujud. Gerun aku bila membayangkan pemangsa yang sebegitu. 

Dan aku juga suka bila kali ini kita tak dihidangkan dengan kisah polis Malaysia yang korup. Kewujudan Inspektor Rashid dan Detektif Minho yang begitu komited dengan tugas mencari mangsa hilang. Tak lupa Detektif Hema. Ha, para pembaca yang terlepas novel sebelumnya akan berasa sedikit terganggu sebab nak tahu kenapa Detektif Hema begitu obses mengejar Rehan. Sama seperti Rehan yang begitu obses mencari mangsa. Tapi, dalam masa yang sama bukankah mereka yang belum membeli Ngeri akan terus pergi beli. Wah! Strategi marketing tu.

Aku lebih suka novel ni daripada sebelumnya. Mungkin kerana aku sukakan watak Hani dan Jo. Kawan tak kenal siapa. Heh! Mungkin. Cuma sayangnya bila saja lihat kelibat Rehan, aku sudah dapat meneka pengakhirannya. Jadi rasanya lebih elok ada penamat yang lebih bagus untuk Rehan. Sudah dua kali, mudah pula dia terlepas. Sungguh tak aci kih5 ;P

Ps: Nama anak Inspektor Rashid buat aku tersengih sendiri. Bukan kelakar tapi entah... *wink*

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. hehehe...tapi pendapat aku ngeri kene baca dlu.. mmg kalau baca mangsa stil boleh faham.. tapi watak rehan dlm Mangsa akan jadi lebih menarik kalau Ngeri dibaca dulu :D

    BalasPadam
  2. Shaqir Ir Manz,
    Hee ;)) Tapi nanti bila dah baca dulu, mungkin kita dah dapat teka apa & bagaimana tindakan Rehan...kan?

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))