Aktviti Membaca!

Jumaat, 8 Februari 2013

Karipap-karipap Cinta

Karipap-karipap Cinta
Nazri M. Annuar

ISBN: 9789675136528Penerbit: PTS Fortuna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Kedua 2010
Halaman: 254
Harga: RM14
~ Rasaku… ~

Resipi Karipap-karipap Cinta
3 ulas rasa suka
1 botol hati gembira
1 biji rendah diri (saiz besar)
2 cawan tolak ansur
5 keping kehormatan
Secubit rasa rindu
3 batang tanggungjawab, dipotong halus
3 bekas cita-cita
10 guni kejujuran (diayak untuk membuang kata dusta)
Ramuan diadun dengan ilmu dan akal
Masukkan dalam kuali persahabatan, tunggu sehingga masak
Setelah masak, hidangkan bersama yang tersayang [blurb novel]

Membaca ‘resipi’ di belakang kulit buku buat aku teruja. Apabila mula membaca, agak kurang ‘rasa’. Dan kemudiannya seiring dengan cerita yang berkembang, barulah aku mula selesa dengan novel ini.

Aku senang dengan nama hero yang ringkas – Ali *wink* Seperti namanya yang biasa-biasa, Ali juga digambarkan sebagai lelaki yang biasa-biasa saja. Maksudku dia tidak kaya, tidak terlalu handsome dan macho. Dia cuma Ali; seorang jurugambar di sebuah akhbar politik yang ada agenda tersembunyi.

Cerita cintanya bermula saat Ali jatuh cinta pandang pertama dengan Sarah. Namun temannya; Rambai menasihati Ali agar jangan jadi mat jenin. Sarah bukannya gadis yang biasa-biasa. Dia graduan Al-Azhar dan antara 10 pelajar terbaik Al-Azhar. Malah ayah Sarah mahu anaknya berkahwin dengan lelaki yang setaraf dengan kelulusan Sarah, lebih tepat lagi seorang Ustaz.

Tetapi bila hati dah suka, lautan api pun sanggup direnangi. Ali cepat saja mengaku yang dia juga lulusan Al-Azhar. Dan di sini bermulalah segala-galanya. Pelbagai peristiwa sedih, lucu dan tidak masuk akal yang dilakukan oleh Ali dalam usahanya memikat hati Sarah. Tetapi yang paling teringat pastinya hal karipap. Yalah, dah sama dengan tajuknya kan ;P

Aku suka persahabatan antara Ali, Rambai, Aman dan Rudi. Saling berkerjasama seperti wonder pets. Bila tertangkap, memang akan bercakaran dan kemudiannya tersedar. Antara mereka berempat, semangat setia kawan itu tak luntur. Betapa mudahnya mereka berempat berbesar hati dan saling bermaafan.

Namun aku sedikit tidak puas hati dengan ending. Aku tertanya-tanya apakah ayah Sarah menerima Ali padahal yang meminang Sarah boleh tahan hebat orangnya? Dan pastinya aku rasa sedikit ‘hilang’ sebab tiada pula diceritakan bagaimana Sarah boleh jatuh hati pada Ali yang biasa-biasa itu?

Aku tak pasti mahu kata suka atau tidak. Ada masanya aku suka tetapi ada masanya tidak. Macam aku makan donut, kadang-kadang aku suka kadang-kadang aku muak [Eh! Rasanya takde kaitan kot ;P]. Walaubagaimanapun, ia masih menyenangkan hati. Cuma ya ini bukan buku yang aku akan ulang baca *wink*

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))